JAGA-JAGA TAKUT NANTI KENA KAFIR PULAK. KAH..KAH..KAH




Satu kenyataan yang berani daripada Musa Hitam. Ini kenyataan yang tak mungkin diterima oleh BN dan PN. Terutama sekali PAS. Silap-silap ada kena kafir Musa Hitam ni karang...

Kata Musa Hitam, politik kaum dan agama yang dibawa oleh UMNO, PAS dan PPBM sudah tidak lagi diterima oleh rakyat. Pengundi hari ini mahu parti yang lebih idealistik.

Baca berita penuh di https://bit.ly/3LuUMZt.

Aku rasa cakap Musa Hitam ini ada benarnya. Aku sendiri dah lama perhatikan berdasarkan like dan komen di posting yang berkaitan politik. Bukan di page aku sahaja tapi di beberapa page atau individu lain yang popular.

Sekarang ini, berita kelemahan kerajaan sudah kurang mendapat perhatian. Tapi bukanlah kerana rakyat mempercayai kerajaan, sebaliknya ramai berpendapat sudah tidak ada apa yang boleh dibuat pada kerajaan ini. Rakyat sudah tak ambil tahu lagi dengan kerajaan.

Sebaliknya, berita-berita yang berkaitan dengan PH pasti akan boom, mendapat reaction yang banyak dan komen pun berdedai. Tampak rakyat berminat untuk tahu perkembangan PH.

Benarlah seperti yang Rafizi katakan. Suasana kini sama seperti sebelum PRU14 dahulu. Penolakan rakyat terhadap kerajaan begitu ketara manakala populariti PH meningkat dengan mendadak.

Aku boleh kata ini sebahagian besarnya disebabkan oleh faktor Rafizi dan juga Nurul Izzah. Keyakinan rakyat terhadap PH dilihat segar semula kerana yakin Rafizi mampu menjana perubahan.

Tapi bagaimana Zahid boleh begitu yakin kalau PRU diadakan sekarang BN boleh menang besar?

Nak pelik apa? Dalam BN penuh dengan pembodek. Para pembodek ini hanya akan sampaikan berita yang elok sahaja kepada presiden mereka. Bukan berita yang benar.

Sama ketika PRU14 dahulu. Najib begitu yakin akan dapat memerintah semula kerana itulah berita yang dia dikhabarkan. Najib dan Zahid mana nak turun padang sendiri tengok penerimaan rakyat.

Kalau ada majlis pun, mereka sanggup bayar untuk pastikan ramai yang hadir. Jadi bagaimana mereka nak sukat sokongan rakyat kepada mereka?

Tambah lagi Zahid tetap mahukan PRU walaupun dalam banjir. Sedangkan jika betul dibuat, makinlah rakyat marah kepada BN. Tapi ada Zahid peduli? Dia tak peduli sebab dia tak tahu sentimen rakyat.

Apa pun, PH tak boleh leka. Teruskan berusaha menarik sokongan. Jangan buat perkara yang boleh timbulkan kemarahan rakyat dan penyokong seperti kerjasama dengan parti proksi Mahathir. Guane boh?

Raja Gelap

.