BUBAR! BUBAR! BUBAR!

 

Di bawah ini saya kongsikan tulisan seseorang yang saya baca dalam media sosial sebaik berakhirnya Konvensyen Pemuda BN di Stadium Titiwangsa petang tadi.

*************************************

Hati kita ini baik, mudah berbolak balik. Mudah terbuai emosi, mengenang perkara2 yang lepas. Kadang2 masa orang itu ada, macam2 kita mengata, ada saja yang tak berkenan di hati kita. Bila orang dah tiada, mulalah kita sedar baiknya dia!

Hari ini sedap je mulut kita mengata PM tak pandai mengurus ekonomi, indeks bursa paling buruk, ekonomi jatuh merudum, inflasi makin meningkat, ringgit makin tak bernilai dan macam2 lagi lah yang tak elok tentang PM kita.

Mulalah kita bermain emosi, yang sayang DSN akan mula melambung betapa hebatnya Malaysia masa DSN menjadi PM.

Yang sayang Tun M pula akan mula bercerita betapa Tun M lah, yang menjadikan Malaysia membangun dengan begitu dahsyat sekali pada hari ini dan yang mengagungkan TSMY pula pasti ada juga skrip sampah untuk di tulis agar TSMY boleh kembali menjadi PM.

Tak cukup dengan itu pakar2 ekonomi lepasan universiti emosi ini akan membandingkan pula Malaysia hari ini dengam Indonesia, Vietnam atau Kemboja yang pesat meningkat sedang kita makin kebelakang pada kiraan unjuran formula papan dam ini.

Itulah Warga Malaysia!

Ayuh semua, kita perlu berubah, jangan mudah dibeli emosi masa. Kita perlu kekuatan, kesepaduan dan kestabilan yang jitu sesama rakyat, barulah kita boleh membangun kembali sebagai Harimau Asia.

Ini bukan kerja PM seorang!!! Ini peranan kita semua. Ia perlu bermula dengan dengan kita pakat2 reset pemikiran ke arah atmosfera yang realistik.

Dalam tempoh yang singkat ini, banyak juga perkara2 baik yang PM lakukan, rakyat agak selesa, , segala macam skim bantuan, subsidi, geran dan bantuan tunai yang PM usaha dan berikan untuk mengerak ekonomi negara, dan mengawal kenaikan harga keperluan asas!

Selemah manapun orang kata PM kita ini, dia tidak lemah dalam membantu rakyat yang memerlukan. Biasanya orang yang lemah dia akan menggunakan waktu yang ada untuk memperkayakan diri sendiri, kaum keluarga, kroni atau penyokong tegarnya sahaja dari sibuk memikir untuk membantu rakyat!

Rakyat boleh tulis senarai panjang kekayaan keluarga atau kroni Tun M, DSN dan TSMY namun rakyat tidak ada satupun nama yang boleh kita kaitkan dengan melombong kekayaan zaman DSIS menjadi PM.

Kesimpulannya yang mengata macam2 tentang PM itu mungkin kerana biasa dapat projek dengan ‘tokeh’ dulu2, bila PM tak layan dan tiada istilah kronisme dalam pemberian projek maka dendangan PM gagal mereka mula mainkan.

Harapan mereka tokeh2 lama akan dikembalikan ke puncak kuasa agar koridor kekayaan mereka boleh bagi2kan kembali. Itu saja!

Cukuplah! Rakyat dah muak dengan amalan menjaras hasil negara ini, rakyat mahu pemimpin macam PM hari ini, tidak banyak bercakap, kurang berkonfrantasi, berpolitik melangkaui sempadan perbezaan, mengwujudkan perdamaian dan sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dari merompak tabung negara seperti PM dulu2.

Bubarlah! seperti yang dilaungkan di Stadium Titiwangsa oleh lebih 10 ribu pemuda BN petang tadi. Nescaya PM Ismail Sabri akan lebih kuat selepas PRU15. Jangan mimpi selepas bubar PM2 lama akan boleh kembali.

Harimau Hitam

Subang Airport

17 September 19.38pm