SEKARANG
BANYAK ORANG SUDAH GILA
Tamrin Tun Ghafar
Jumaat - 01/07/22
( 1 - 26 )
1. 'Ini
Semua Kerja Orang Gila ; Sekarang Banyak Orang Sudah Gila'
2.
Komen Samy Velu , mantan Menteri dan Presiden Parti MIC dulu
kini sudah lebih menyerlah seperti pepatah :
DAH TERANG
LAGI BERSULUH
3. Tak tahu
bagaimana nak mulakan tulisan ini kerana Negara kini dipenuhi dengan
ramai badut atau clown
4. Setelah
sedar usaha menipu rakyat dengan mengata KING itu adalah rakyat
, cubaan terbaru beliau bagi mengelirukan pemikiran
Hakim - Hakim dan rakyat bagi mengelak diri dari merengkok didalam penjara
ialah dengan mengata beliau TIDAK DITUDUH MENCURI
tapi HANYA dituduh tidak memaklumkan Bank Negara
transisi berbilion ringgit yang masuk kedalam akaun bank beliau
5. Zahid
Hamidi pula disatu masa dulu pernah mengaku ibu bapa beliau lahir di
Indonesia dan bersetuju dengan pemberita TV Indonesia bahawa beliau
sememangnya 'balik kampung' setelah memaklumkan paman atau pakcik beliau adalah
'wali kota' Jogjakarta ( sila tonton klip video )
6. Dengan
pengakuan tersebut Zahid telah berjaya menipu ahli - ahli
UMNO yang memilih Jawa ini sebagai Presidennya ATAU mereka
tidak peduli itu semua asalkan mendapat bayaran lumayan dan janji - janji
manis
7.
Sepatutnya Perwakilan UMNO memilih seorang tokoh yang lebih
dinamik, berpengelaman dan waras seperti Tengku Razaleigh Hamzah tetapi
rupanya Perwakilan telah dibeli
8. Kini
UMNO terbahagi 2 kumpulan besar - satu kumpulan Naib Presiden yang
kini Perdana Menteri dan satu lagi kumpulan Klaster Mahkamah yang diketuai
Najib selaku Penasihat Barisan Nasional , dan Zahid , Presiden
UMNO
9. Pendedahan
Tajuddin Abdul Rahman , Ahli MKT yang dipecat baru - baru ini telah
membuka pekong permainan kotor Zaid terutama Akaun Bersumpah atau
SD yang ditandatangi menyokong Anwar Ibrahim , Ketua PKR
sebagai Perdana Menteri sedangkan keputusan Sidang Perwakilan UMNO
MENOLAK Anwar , DAP dan PKR
10. Ini bermakna Zahid
telah memperdaya Perwakilan UMNO khususnya - terserahlah pada Ahli
UMNO sama ada mempercayai londehan Tajuddin jika benar
atau Zahid , yang majoriti kenal beliau sebagai kaki kelentong
11. Jika
UMNO mahu berkuasa semula 3 manusia ini MESTI segera di
kikis :
a. Zaid
b. Najib
c. Mat Hassan
mereka ini yang
MEROSAKAN nama baik UMNO ; mereka MENGGUNAKAN UMNO hanya
untuk kepentingan diri dan keluarga ; mereka akan terus MEROMPAK selain
dari hendak melepaskan diri dari Sungai Buloh
12. Perwakilan dan
sebahagian Ketua Bahagian SENANG DI BELI oleh mereka yang
masih mempunyai wang yang bertimbun - ini lah nasib Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu atau UMNO yang dilahirkan pada 11hb Mei 1946 dahulu
13. UMNO dulu
benar - benar berjuang untuk bangsa tapi UMNO sekarang berjuang
untuk mengkayakan diri dan keluarga - syarahan mereka adalah retorik atau
umpama tin kosong sahaja.
14. Kini rakyat
susah dan menderita akibat kos sara hidup terus meningkat naik - yang kaya dan
berada tak kira samada punca kekayan mereka dari wang haram yang dinikmati keluarga
atau sebaliknya sedangkan yang miskin terus menderita
15. Negara kini
seolah - olah TIADA Kerajaan dan Pemimpin ; rakyat hanya
dipentingkan ketika Pilihanraya sahaja
16. Bantuan
RM100.00 yang diumumkan tak ubah seperti memberi gula - gula kepada anak
yang sedang menangis - apabila menangis lagi diberi pula aiskrim dan seterusnya
17. Yang
PENTING ialah satu solusi jangka panjang untuk rakyat BUKAN solusi
jangka pendek seperti yang dilakukan
18. Penyelewangan
kuasa dan rasuah dilakukan hampir disemua peringkat seolah - olah ALLAH
SWT tidak tahu dan tidak nampak apa yang dilakukan
19. Setelah
merompak kebanyakan mereka berlumba - lumba ke Tanah Suci samada nak
tunjukkan mereka bersih atau memohon ampun dari Yang Maha Esa ,
kemudian kerja rasuah akan dilakukan semula - itulah putaran yang berlaku tanpa
segan silu
20. Dalam keadaan
rakyat susah , Perdana Menteri sibuk menayangkan pakaian yang mahal - apakah
beliau tidak tahu keperitan yang sedang dialami rakyat ? atau beliau tidak
peduli apa orang kata
21. Kini
SPRM tidak akan menyiasat mereka yang berkedudukan seperti
Menteri atau mereka 'MEMILIH'
22. Potong
saja lah 50% gaji dan allowance Perdana Menteri , Menteri dan Timbalan , dan
dalam masa sama kurangkan jumlah Kabinet dan Timbalan yang begitu besar; itu
jika Ismail berani , jika tidak , berundur sajalah sebelum dipecat
seperti Mahiaddin dulu
23. Belum tentu
UMNO/BN akan dapat 2/3 majoriti dalam Pilihanraya Umum yang bakal
diadakan
24. Rakyat
terpinga - pinga melihat gelagat 'pemimpin - pemimpin'
mereka bercakaran sesama sendiri
25. Sudah sampai
masa nya mereka ini dicampakan kesungai , dan menaikan mereka yang lebih
dinamik dan ikhlas - masanya sudah sampai 'orang muda' diberi peluang menerajui
Negara tapi buat sementara perlu di bimbing oleh orang yang banyak
pengalaman
26. KATA -
KATA SAMY VELU ITU ADA KEBENARAN NYA -
'SEKARANG BANYAK ORANG SUDAH GILA'
Wassalam
Terima Kasih
.