HILANGNYA SINGAPURA
Ada orang mintak saya ulas, macam mana Singapura boleh lepas ke
tangan orang lain. Sis cuba bagi rumusan ya…
1. Tahun 1819, anak2 Sultan Johor bergaduh, makanya yang abang
benarkan British campur tangan. British iktiraf Abang, Tengku Long sebagai
Sultan dengan bagi $5000 kepada Baginda setiap tahun, dengan syarat British
boleh masuk gunakan Pelabuhan. Sejak itu masuklah imigran/ pendatang ke
Singapura secara besar2an.
2. Tahun 1871, jumlah penduduk berbangsa Cina jadi lebih separuh
daripada populasi penduduk Singapura. Melayu jadi minoriti pula.
3. Tahun 1823, Sultan Johor lepaskan hak pentadbiran sepenuhnya
kepada British dengan bayaran $1500 sebulan, perlu dibayar sepanjang Baginda
hidup. Tahun 1824, melalui Perjanjian Crawford, Singapore diserahkan selamanya
kepada British oleh Sultan.
Makanya, hilang kuasa Sultan Melayu ke atas Singapura. Tergadai
la Singapura kepada bangsa asing dengan balasan bayaran seumur hidup kepada
Sultan.
Ini diambil daripada catatan sejarah melalui link Wikipedia,
catatan UM dan link lain yang berkaitan.
https://en.m.wikipedia.org/wiki/History_of_Singapore/
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_2_Ogos_1824/
https://ejournal.um.edu.my/.../download/9269/6572/18886/
https://pekhabar.com/h-i-d-s-perjanjian-persahabatan.../amp/
https://kesumasapphire82.wordpress.com/.../shti-di.../
Yang dicanang pada kita, Melayu hilang kuasa di Singapura kerana
ditindas PAP dan Lee Kuan Yew. Padahal sejak kurun ke 19 lagi orang Cina dah
jadi majoriti penduduk di sana. Siapa yang lepaskan kita kena rujuk sejarah.
La ni, geng2 UMNO dok nak bangkit cerita pasal Pulau Batu Putih.
Padahal kita kalah di ICJ kerana kita sendiri lepaskan haknya dan biarkan
Singapura bertapak di atasnya.
Nak merayu pun dah tak guna. Masanya pun dah tamat. Buat habis
boreh saja.
Salam hormat,
Liyana Marzuki