Pemimpin kerajaan langsung tiada empati kepada rakyat, hanya sibuk bergaduh dan bertelagah, kata Asmuni

 

Pemimpin kerajaan langsung tiada empati kepada rakyat, hanya sibuk bergaduh dan bertelagah, kata Asmuni

Pemimpin kerajaan langsung tiada empati kepada rakyat, hanya sibuk bergaduh dan bertelagah, kata Asmuni

Dalam keadaan yang semakin tidak menentu pada hari ini, baik dari aspek politik, ekonomi dan kehidupan rakyat, Malaysia seolah-olah sudah hilang kompas hala tuju dan pengurusan yang tidak membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Pengerusi AMANAH Negeri Perak, Dato’ Haji Asmuni Awi berkata sejak tahun lalu, kenaikan kos sara hidup semakin menjadi-jadi dan dalam keadaan banyak negara menyediakan pelan dan perancangan untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat, Putrajaya masih kelam dan kabur tanpa solusi yang konkrit.

Harga Ayam, Minyak Masak, Sayur-Sayuran, barang keperluan asas lain, hampir semuanya meningkat pada kadar yang sangat menekan dan membebankan.

Dengan alasan yang tidak munasabah, kerajaan di bawah BN dan PN, kekal begitu, dan hanya menyajikan jawapan politik menyelamatkan diri, katanya lagi semasa memberikan ucaptama dalam Konvensyen AMANAH Negeri Perak 2022 disini semalam

“Akan kaji, akan selidik, akan teliti, akan pantau, akan bentang, akan umum, akan mesyuarat, semua jenis ‘akan’ menjadi jawapan mereka kepada rakyat.”

Menurut Asmuni, apa yang lebih menjengkelkan, dalam keadaan rakyat semakin lemas, mereka sibuk mencatur strategi dan bermain politik untuk selamatkan diri dan survival parti masing-masing.

“Dalam sibuk mereka bergaduh dan bertelagah, dedah mendedah, cabar mencabar, cakar-mencakar, tikam-menikam, tanpa mereka sedar, pelabur semakin menjauhkan diri, ringgit terus jatuh menjunam,” katanya lagi

Apakah mereka sedar bahawa keadaan rakyat semakin melarat dengan apa yang berlaku pada hari ini dan apakah mereka tidak ada langsung empati pada rakyat.

Asmuni turut berkata, sebagai sebuah parti yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat, melalui program turun padang dan melihat sendiri keadaan rakyat di lapangan, PH harus bertekad dengan bersungguh-sungguh, mengubah keadaan yang berlaku dengan kembali mengambil alih tampuk pentadbiran negara.

“Kita tidak boleh biarkan keadaan terus melarat, dengan negara dan negeri ini dipimpin oleh parti yang pentingkan hal mereka dan kleptokrat semata-mata lebih daripada kepentingan rakyat jelata.” tegas Asmuni.