BANTUAN KE BALING

 

Saya baru dimaklumkan tentang dugaan banjir lumpur kilat yang berlaku di Kupang Baling petang semalam. Punca sebenar dan taksiran kerugian belum diketahui.


Maklumat awal yg diterima menyatakan bahawa kejadian yang melibatkan banjir yang melanda beberapa buah kampung yang terdapat di daerah Baling, Kedah berlaku secara sangat pantas dan banyak keluarga mangsa tinggal sehelai sepinggang.


Antara kampung yang dikatakan terjejas adalah Kampung2 yang terletak berdekatan dengan Sungai Kupang iaitu:


1. Kampung Bendang Padang

2. Kampung Iboi

3. Kampung Padang Ampang

4. Kampung Tok Saba

5. Kampung Hangus

6. Kampung Pisang

7. Kampung Sadik

8. Kampung Kitang

9. Kampung Tanjung

10. Kampung Lata Celak

11. Kampung Badak Ampang


Malam ni saya dah mintak bantuan kawan2 Aktivis Yayasan Aman Kedah di Baling di bawah sdr Ashraaf Abu Bakar, dan Mohamad Amirul Asraff, utk segera turun meninjau kawasan bencana utk mendaptkan info sebenar ttg kejadian bencana yg berlaku.


Mulai esok insyaAllah, saya dan team bantuan Bencana Alam Yayasan Aman Kedah di Baling akan segera turun  untuk mengagih2kan bantuan awal Yayasan Aman (Kedah) dalam bentuk makanan/minuman panas dan pakaian sementara kepada mangsa2 bencana di sana, utk bbrpa hari pertama bagi membantu mereka sekadar mampu. 


Keperluan segera yang paling penting skrg ini ialah membekalkan makanan/minuman panas serta bantuan pakaian kpd mangsa2 sementara menantikan bantuan rasmi kerajaan negeri/pusat untuk turun.


Sehubungan dengan itu, mana2 sahabat dan/atau kenalan dari luar Kedah yg ingin turut membantu, bolehlah menghubungi saya secara pesanan Whatsapp di talian no. *012-3211162*. Bantuan dan keperihatinan semua sangatlah dihargai.


*Saiful Izham Ramli*

Koordinator 

Team Bantuan NGO (Yayasan Aman Kedah) utk Bencana Alam Kupang, Baling



No comments: