MB Kedah mahu lokasi bencana diisytihar bencana Tahap 1,2.Harap pengerusi lajnah pas penang p buat report.aku sertakan laporan lepas.

 

PAS buat laporan polis ke atas kerajaan negeri.



PENGERUSI Lajnah Tanah PAS negeri Pulau Pinang, Yacoob Omar (tengah) semasa sidang media selepas membuat laporan polis mengenai banjir kilat di Pulau Pinang terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, Georgetown. - Foto Ramdzan Masiam




MB Kedah mahu lokasi bencana diisytihar bencana Tahap 1,2

Banjir besar melanda daerah Baling, Kedah petang semalam menyebabkan beberapa rumah hanyut, dan tiga penduduk dikhuatiri hilang. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor mahu kawasan di beberapa kampung di Baling, Kedah yang musnah teruk akibat banjir diisytihar sebagai kawasan darurat bencana Tahap 1 atau 2 selari dengan situasi dan bidang kuasa yang ada.

Beliau berkata, pengisytiharan itu amat penting bagi mempercepatkan operasi bantuan daripada agensi negeri dan persekutuan berdasarkan bajet sedia ada di agensi masing-masing.

“Menurut Arahan MKN20, kuasa mengisytiharkan darurat bencana (Tahap 3) terletak di tangan perdana menteri atas nasihat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP).

“Bagi darurat bencana Tahap 1, ia boleh diisytiharkan oleh pegawai daerah selaku pengarah JPBP,” katanya di Facebook.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Bagaimanapun, katanya, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) pagi ini yang akan dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Kedah, Ammar Shaikh Mahmood Naim selaku pengarah JPBN.

Banjir besar melanda Baling petang semalam menyebabkan beberapa rumah hanyut, dan tiga penghuni masih belum ditemui.

Sementara itu, Sanusi berkata, beliau dimaklumkan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bahawa hujan lebat di Baling menyebabkan air sungai melimpah dan taburan hujan yang disukat di semua pusat cerapan sepanjang sungai menunjukkan kapasiti hujan yang banyak.

Katanya, dakwaan penduduk bahawa beberapa tandak tadahan air masyarakat di Gunung Inas pecah juga akan disiasat oleh agensi terbabit dan Jabatan Perhutanan untuk menentukan kesahihannya.

“Buat masa ini, ia belum dapat disahkan,” katanya.

No comments: