TAKZIAH BUAT KELUARGA ADAM..SELEPAS BERTAHUN- PEMBELA TERUTAMA MENTERI AGAMA..KAK LAH..PIMPINAN UMNO YANG LAIN WALAUN DAN MAHACAI SEDAR MEREKA GAGAL UNTUK SELESAIKAN KES. MENGGANGGU KELUARGA ADIB...KERAJAAN TETAP GAGAL JUGA.

 

Keluarga Muhammad Adib tarik rayuan, tidak mahu panjangkan kes


Sinar Harian
Keluarga Muhammad Adib tarik rayuan, tidak mahu panjangkan kes
Keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menarik balik rayuan berhubung permohonan mengkomitkan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas atas tuduhan menghina mahkamah. -Gambar fail/Facebook @Lang Buana
PUTRAJAYA: Keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menarik balik rayuan berhubung permohonan mengkomitkan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas atas tuduhan menghina mahkamah.
Firma guaman, Tetuan Mohd Zubir Embong & Associates yang mewakili keluarga Muhammad Adib berkata, arahan itu dibuat oleh keluarga Muhammad Adib kerana tidak lagi mahu memanjangkan perkara tersebut.
"Susulan daripada arahan keluarga Muhammad Adib agar rayuan bapanya, Mohd Kassim Abdul Hamid ditarik balik, peguam telah memfailkan Notis Menarik Balik Rayuan pada 31 Mei lalu, diikuti Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mewakili Tommy Thomas memfailkan penarikan rayuan pada Selasa,"
 Menurutnya, pihak keluarga Muhammad Adib menganggap bahawa proses dan prosiding penghinaan mahkamah terhadap Tommy Thomas dan AGC selesai dan tamat di sini.
"Mereka turut berharap agar masyarakat dapat membenarkan ahli keluarga arwah untuk meneruskan kehidupan dengan memandang ke hadapan serta memulakan kehidupan baharu," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

No comments: