RAJIN DOK KELUAR FATWA SENDIRI-DEPA PUN BUAT DI KELANTAN GAMBAR MENJADI BUKTI-TAK BANYAK SIKIT.






Pesuruhjaya PAS negeri dipanggil menghadap Sultan Selangor




Pesuruhjaya PAS Selangor Ahmad Yunus Hairi dipanggil menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan Shah Alam. (Gambar Facebook Pejabat Diraja Selangor)

PETALING JAYA: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Pesuruhjaya PAS negeri Ahmad Yunus Hairi menghadap baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Dalam catatan di Facebook Pejabat Diraja Selangor, pertemuan itu berlangsung semalam kira-kira sejam.

Bagaimanapun, tidak banyak perincian dinyatakan berhubung pertemuan itu.

Sementara itu, Facebook PAS Selangor turut berkongsi hantaran Pejabat Diraja Selangor dengan mengatakan baginda sultan merupakan benteng terakhir umat Melayu Islam.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Bagai aur dengan tebing saling lengkap melengkapi demikianlah Tuanku dengan rakyatnya,” kata PAS Selangor.

Pertemuan itu menyusuli kenyataan Yunus pada 10 Jun lalu yang mengingatkan umat Islam agar tidak mengambil bahagian dalam perayaan Bon Odori.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad memberitahu umat Islam supaya tidak menghadiri Bon Odori kerana mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah meneliti festival itu mempunyai unsur keagamaan lain.

Bagaimanapun, Sultan Sharafuddin bertitah agar Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak menyekat program kebudayaan Jepun yang akan diadakan di negeri itu dan meminta Idris turun padang melihat sendiri festival berkenaan.

Sultan Sharafuddin bertitah, baginda tidak mahu menteri itu menggunakan platform Jakim untuk membuat “kenyataan yang mengelirukan dan tidak tepat serta boleh menjejaskan imej dan reputasinya”.

FMT telah menghubungi Yunus bagi mendapatkan butiran lanjut berhubung pertemuan itu.



No comments: