KAH..KAH...KAH..KAU JADI MBS KENAPA TAK AMBIL TAHU ? MABUK KOT...MAKNA KATA NAK SALAHKAN RAKYAT JUGA LA YA...

 


SYAM GHAZ


Dia ni masa jadi Menteri Besar Perak pun perangai macamni dah.

Kalini jadi Menteri Sukan buat perangai macamni pula.

Ini lah Timbalan Presiden Parti BERSATU.

Nak ambik dia duduk skali dgn PH balik? Buat Perabis Beras dan masuk gaung Pru15 nanti adalah.

5 pengundi teras PH dulu akan cabut lari awal: Celik politik, profesional, non opportunist, pengundi bandar dan pengundi multiracial.

 

Peja kata tindakan tolak air bertakung guna penyodok di SNBJ calar imej negara

Peja kata tindakan tolak air bertakung guna penyodok di SNBJ calar imej negara

Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu berharap agar tindakan mengalirkan air hujan di Stadium Nasional Bukit Jalil secara ‘manual’ menggunakan penyodok dan kadbod tidak berulang lagi.

Memetik laporan Awani, Faizal menyifatkan tindakan sedemikian akan memberi imej yang tidak baik kepada negara.

Beliau berkata, apa yang berlaku bukan disebabkan kelemahan sistem perparitan padang, tetapi, masalah paling besar ialah perubahan iklim yang ketara apabila pada petang sebelum perlawanan tersebut, hujan lebat.

“Sebelum itu, ada satu perlawanan lain iaitu di antara Bangladesh dan Turkmenistan, jadi pada 8 malam, memang seluruh padang air bertakung.

“Kita juga lihat air diserap melalui sistem ‘drainage’ yang agak berfungsi dengan baik. Pada pandangan PSM (Perbadanan Stadium Malaysia), jika diberi sedikit masa (perlawanan ditangguh seketika) lagi, padang itu boleh berada dalam keadaan lebih baik berbanding sebelumnya.

“Namun, perlawanan pasukan negara kita dan Bahrain perlu diadakan mengikut tepat pada waktunya seperti yang jadual, menyebabkan isu ini yang telah dibangkitkan,” katanya.

Semalam, PSM menjelaskan tidak mengeluarkan arahan supaya penyodok dan kadbod digunakan untuk mengalirkan air keluar dari padang sebelum aksi kelayakan itu.

Katanya, tindakan mengeluarkan air secara manual tidak sepatutnya dilakukan kerana stadium tersebut mempunyai sistem perparitan yang berfungsi dengan baik untuk mengalirkan air yang bertakung di padang..

No comments: