Konon bersama ‘isteri baharu’, Najib, Rosmah lapor SKMM
PETALING JAYA: Seorang rakan kepada Najib Razak dan isteri, Rosmah Mansor membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penularan gambar bekas perdana menteri itu bersama seorang wanita yang memeluk lengan kirinya.
Individu itu yang merupakan rakan akrab keluarga Najib dan Rosmah membuat laporan di ibu pejabat SKMM di Cyberjaya, petang semalam.
Kata individu enggan dikenali itu, Najib dan Rosmah digambarkan “sangat terkejut” ketika ditunjukkan gambar berkenaan, yang tular di media sosial, baru-baru ini.
“Saya telah menunjukkan gambar dan kapsyen kepada Najib dan Rosmah di mana kedua-dua mereka sangat terkejut memandangkan ia tidak benar sebelum meminta bantuan saya membuat laporan kepada SKMM bagi tindakan selanjutnya.
“Saya membuat laporan ini bagi pihak Najib dan Rosmah, dan seperti yang mereka minta, mereka memohon satu siasatan diambil sekiranya hasil siasatan membuktikan gambar berkenaan diedit dan kapsyen terbabit tidak benar.