Kes Altantuya | Keputusan kes saman RM100 juta pada 30 Ogos



Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Jumaat menetapkan 30 Ogos untuk keputusan kes saman RM100 juta yang difailkan keluarga model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, berhubung kematian wanita itu pada 2006. Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menetapkan tarikh itu selepas saksi kedua-dua pihak selesai memberi keterangan.

No comments: