Kuala Gris Mandi Air Karat?
Sekarang
kita berpindah ke Kuala Gris.
Apa
khabar orang Kuala Gris?
Nak
tengok kebajikan di kawasan ulu sikit.
Foto di
bawah dikatakan Mini Loji atau lebih tepat - rumah pam - diurus Aksb di Kuala
Gris. Pohon kepastian Aksb ya.
Saya
belum menyemak sendiri. Penduduk kampung mohon saya cerita sedikit,
mudah-mudahan tidaklah mutu air untuk penduduk di sana lebih teruk dari di
negara Afrika.
Ikut
aduan penduduk, Aksb salurkan terus air mentah tanpa dirawat. Air dipam dari
telaga boring di bawah bukit.
Dimasukkan
ke dalam tangki di atas bukit, lalu terus dihantar melalui paip tanpa dirawat
mahu pun ditapis.
Tangkinya
pun, kata penduduk kampung, sangat kecil
Hasil
dari air tak dirawat dan juga tak ditapis, boleh dilihat dalam clip video yg
saya sertakan.
Mudah-mudahan,
ada Exco yg sanggup minum dan mandi manda dengan air seperti itu untuk buktikan
pemimpin dan rakyat sama merasa.
Saya tak
pasti kadar harga bayaran air oleh Aksb pada 400 buah rumah penduduk di situ.
Sama
dengan kadar harga air dirawat atau lebih murah?
Kalau
sama dengan kadar harga air dirawat, dua kali aniaya.
Kalau ya
kadarnya sama dengan air dirawat, Save Kelantan cadangkan Aksb turunkan separuh
dari kadar harga itu, kerana air yg dibekalkan tidak dirawat pun.
Bekalan
air sudah tentu terputus-putus.
Penduduk
pernah mencadangkan supaya tangki lebih besar dipasang. Kos - kata penduduk -
hanya sekitar RM 50,000.
Pihak
berwajib menjawab, tiada peruntukan.
Membeli
kereta besar untuk pemimpin mungkin dianggap jauh lebih mustahak dari tangki
air kegunaan sekitar tiga ribu lebih rakyat jelata marhaen kerana mereka tinggal
di ulu negeri saja. Siapa mereka untuk disegerakan peruntukan?
Beli
kereta mahal untuk keselamatan 11 atau 12 orang pemimpin negeri lebih penting
dari nasib beribu orang rakyat.
Save
Kelantan berharap ada Tok Wakil Negeri dan Parlimen dari Kuala Krai cepat-cepat
turun memeriksa selepas membaca posting ini.
Sempat
lagi kalau Tok Wakil nak tambah tangki besar sebelum PRU.
Tapi
jangan lupakan Save Kelantan yg telah membantu anda sebagai Tok Wakil.
Jadilah
macam kisah pahat dengan pemukul.
Save
Kelantan Alhamdulillah berhasrat menjadi pemukul, supaya pahat tak lalai.
Katanya
dulu, kampung ini mempunyai bekalan air bersih sendiri dari kolam tadahan yg
dibina di sungai berhampiran. Airnya jernih dan tak terganggu. Sejak tahun 1960
an.
Sekitar 9
atau 10 tahun yg lalu, Hutan Simpan Kekal berdekatan yg menempatkan tadahan
kolam itu dibersihkan kerana ada syarikat mendapat kelulusan membangunkan
ladang.
Kerana
kemusnahan tadahan air semula jadi mereka, Jabatan Kesihatan telah membantu
membina pam dan tangki. Ia kemudian diserahkan kepada Aksb untuk diuruskan.
Mutu dan
kuantiti airnya menjadi lebih teruk dari cara lama orang kampung sebelum hutan
dimusnahkan.
Se orang
dua mendapat untung berganda, beribu orang rakyat MERANA.
Kaedah
usul fiqah mana yg dipakai oleh Kerajaan Kelantan Membangun Bersama Islam?
Mungkin
Us Tih boleh bagi tahu kita kawasan tadahan berkenaan juga telah diundur ke
belakang untuk digazet selepas 10 tahun ia dibalak?
Seperti
cerita lima kompartmen HSK Sg Rek dihentikan kelulusan membalak sejak 2019.
Sedangkan
di kompartmen 37 HSK Sg Rek tersebut, masih terpampang kelulusan membalak
sehingga Mei 2021.
Dua
serentak? Membalak dan digazet sebagai tadahan air?
Ikut
Ustaz Tih, dah lebih dua tahun diluluskan untuk digazet oleh Exco sebagai
kawasan tadahan air. Cuma, cetakan warta oleh Percetakan Nasional belum
siap-siap. Jadi, warta sebenar tak boleh nak tunjuk
Berapa
tahun biasanya gazet siap dicetak?
Macam-macam
cerita lucu dalam negeri kita ini. Negeri kita dah selamatkan, Ustaz Tih?
Jangan
cepat berehat, banyak lagi cerita kawasan tadahan air rakyat jelata telah
dibersihkan dek pembalak mungkin akan keluar.
Sementara
itu, Pengerusi Aksb elok melawat Mini Loji Aksb Kuala Gris ini.
Biar sama
merasa, rakyat dan pemimpin.
Husam
Musa
20
Syawwal 1443H
21 Mei
2022