MEMANG HAMBAR..TAPI KALAU DINEGERI SENDIRI PUN DITOLAK...NAK MINTA SEDEKAH DI SEMENANJUNG JUGA KAH...SEMENANJUNG UNTUK SEMENANJUNG ...KEH..KEH

 

PRN Johor: Warisan bertanding kerana prestasi hambar PH dalam 2 PRN





Ketua Wira Warisan, Azis Jamman, berkata penglibatan Warisan bagi memberikan alternatif kepada pengundi yang sudah muak serta bosan dengan polemik politik kaum dan agama.

JOHOR BAHRU: Keputusan Warisan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor bagi memberikan pilihan kepada rakyat berikutan prestasi hambar Pakatan Harapan (PH) pada PRN Melaka dan Sarawak tahun lalu.

Ketua Wira Warisan, Azis Jamman, berkata keputusan pilihan raya di kedua-dua negeri adalah petunjuk jelas bahawa pengundi tidak lagi menyokong PH.

“Justeru, penglibatan Warisan dalam PRN Johor adalah bagi memberikan alternatif kepada pengundi yang sudah muak serta bosan dengan polemik politik kaum dan agama.

“Tuduhan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sabah yang mendakwa Warisan bersekongkol dengan Umno menunjukkan parti itu terdesak akibat kemerosotan sokongan kepada DAP,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, jika DAP sememangnya tidak pernah menolak mana-mana parti pembangkang untuk bertanding di Semenanjung kerana ia adalah hak demokrasi setiap parti maka ia tidak sepatutnya mempersoal langkah Warisan bertanding di Johor.

“Kami sudah bosan dengan lakonan PH di Parlimen. Mereka mengeluarkan kata-kata marah dan mengibas tangan mereka di hadapan televisyen namun di sebalik tabir, mereka telah membuat perjanjian untuk berkecuali.

“Jika Umno lahir di Istana Johor, mungkin Johor juga merupakan negeri kelahiran Warisan di Semenanjung.

“Jika sejarah telah membuktikan bahawa rakyat Sabah boleh menerima parti yang lahir dari Semenanjung, dalam kemelut politik yang melanda negara hari ini selain rakyat hilang kepercayaan terhadap ahli politik, Warisan merupakan parti yang boleh menjadi pilihan untuk rakyat Johor atas rekod prestasi Warisan yang terbukti mempunyai prinsip dan mengutamakan mandat rakyat pada pilihan raya umum yang lepas daripada kepentingan peribadi,” katanya.

Azis juga berkata Warisan serius dan ikhlas untuk membawa Malaysia ke arah yang lebih progresif dan bersatu.

Beliau berkata, Warisan selama ini konsisten dan enggan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan kerajaan yang akan menjadikan pembangkang tidak berkesan dan tanpa tujuan lagi.

No comments: