PERASAN KUAT SANGAT KAH DENGAN MODAL MAHATHIR YANG JUGA KHIANAT

 

Untuk jadi kuat, Pejuang perlu menang 30 kerusi di Johor






Tidak timbul soal memecahkan undi pembangkang kerana semua parti dilihat sebagai “kerajaan menunggu” pada PRN kali ini, menurut Shahruddin Md Salleh.

SIMPANG RENGGAM: Pejuang bertanding solo pada PRN Johor kerana berharap memenangi jumlah kerusi secukupnya untuk menjadi parti yang kuat di negeri itu.

Menepis kritikan terhadap langkah yang berpotensi memecahkan undi pembangkang, Ketua Pejuang Johor, Shahruddin Md Salleh, berkata partinya mensasarkan menang sekurang-kurangnya 30 daripada 42 kerusi yang ditandingi.

“Kita rasa dengan jumlah itu kita jadi satu kerajaan yang kuatlah. Tidak ada orang boleh ganggu kita,” katanya kepada FMT.

Pejuang berdepan tiga gabungan besar iaitu Barisan Nasional, Perikatan Nasional, dan Pakatan Harapan; selain MUDA, PBM, dan Warisan. Meskipun Johor dianggap sebagai kubu BN, gabungan itu tewas pada PRU14 dan berharap untuk kembali dengan mandat yang lebih kuat.

Pemimpin parti seteru, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang mengepalai jentera PN pula pernah menjadi menteri besar Johor dan dilihat berpengaruh.

Pejuang bagaimanapun optimis. “Kita rasa bahawa boleh menang di sini,” kata Shahruddin, yang bertanding di DUN Machap.

“Selepas PRN Johor, siapa-siapa nak gabung dengan kita, yang sealiran dengan kita, nak sokong, kita gabung. Tetapi apapun kita tak tergugat.”

Shahruddin berkata tidak timbul soal memecahkan undi pembangkang kerana semua parti dilihat sebagai “kerajaan menunggu” pada PRN kali ini.

“Kita tidak tahu rakyat nak pilih Pejuang, BN atau PH. Sebenarnya, itu terpulang kepada rakyat.”

Pejuang yang dilihat sebagai berasaskan Melayu mengumumkan ia sedia bekerjasama dengan parti lain selepas pilihan raya ini, demi perpaduan masyarakat pelbagai kaum, agama, dan budaya.

Ia diasaskan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad selepas beliau dan beberapa penyokongnya dipecat daripada Bersatu.

Pengaruh Dr M

Shahruddin akui populariti Pejuang sedikit sebanyak kerana Mahathir, mengatakan banyak orang masih ingat jasa pengasasnya kepada negara.

“Kalau sebut Pejuang, ‘Oh, Mahathir’. Kita ingat,” katanya.

Beliau berkata pengaruh Mahathir masih kuat di sebalik tanggapan negatif sesetengah pihak. Beliau berkata dakwaan pengasasnya sudah hilang pengaruh hanya cakap-cakap orang yang tidak menyukainya.

“Bila lihat Mahathir turun, sambutan baik. Yang tak suka, memang kata menurun. Cuba tengok blog Chedet (blog Mahathir), yang teratas sekali. Dalam banyak-banyak orang politik, blog Mahathir paling dapat ‘like’ tinggi,” katanya.

Di samping itu, katanya, masa depan Pejuang cerah kerana banyak ahlinya masih muda.

“Kita punya calon-calon muda diketengahkan dan lebih banyak dari calon parti MUDA sendiri. Jumlah calon muda Pejuang seramai 10 orang berbanding calon parti MUDA hanya enam sahaja,” katanya.

No comments: