Suka atau tidak pada Loh bukan persoalan, kata peguam

 

KUALA LUMPUR: Persoalan sama ada tiga anak Loh Siew Hong suka kepadanya tidak harus timbul selepas wanita itu mendapat hak penjagaan pemeliharaan dan kawalan tunggal, kata peguam.

Peguamnya, Shamsher Singh Thind berkata hanya satu isu saja yang timbul dalam kes itu, adakah penahanan ketiga-ketiga anak Loh sah atau sebaliknya.

“Isunya ibu kandung yang diberi hak oleh Mahkamah Tinggi. Beliau diberi hak penjagaan pemeliharaan dan kawalan tunggal.

“Setelah terima perintah, dia masih tak terima hak penjagaan dia. Ada pihak yang tanya kamu suka ibu kamu atau tidak soalan itu tak wujud.

“Hak seorang minor (bawah umur) adalah hak ibu bapa,” katanya pada sidang media di luar Mahkamah Kuala Lumpur.