Pancing udang terpancing sekali masalah rakyat- Janji calon untuk buka pusat peranginan




Semalam Arthur berkesempatan makan tengahari bersama Dr Wan Azizah Wan Ismail di Bilik Gerakan Utama Bukit Batu. Terharu, dapat makan tengahari bersama insan kesayangan ramai.

Dalam mengejar masa, Arthur sempat mencuri sedikit masa Dr Wan Azizah kita untuk pancing udang. Itulah yang saya sebutkan "Pancing udang terpancing sekali masalah rakyat".

Sedih dan risau mengenangkan nasib rakyat Malaysia dan nasib anak muda. Terutamanya buat pengundi-pengundi athur di dun Bukit Batu.

Sempat arthur meluahkan hasrat anak muda kepada kak wan — Apalah nasib anak muda sebaya athur nanti kak wan.. ramai yang keluar dari Johor untuk mencari rezeki di Singapura..

Sayang Description: 🥲anak muda kita ramai yang berbakat.. dek kerana mata wang kita yang semakin merosot telah membuatkan mereka semua bekerja di luar Malaysia berbanding di negara sendiri..

Kak wan juga setuju akan pendapat Arthur bahawa perkara ini berlaku disebabkan kekurangan peluang pekerjaan dan permasalahan gaji yang minimum di Malaysia.

Arthur menyatakan hajat saya pada kak wan kita — fokus saya adalah untuk membuka peluang pekerjaan buat pengundi-pengundi saya di Dun Bukit Batu. Tidak kira buat yang tua mahupun yang muda. Harapan saya adalah ingin membuka sektor pelancongan di kawasan ini memandangkan athur juga mempunyai "travel agency company".

Membuka 'peluang pekerjaan' adalah salah satu janji athur di Dun Bukit Batu. Terima kasih juga, kepada Dato Dr Wan Azizah atau lebih mesra kami panggil kak wan kerana sudi memberi pandangan, peluang dan semangat kepada Arthur.

Akhir sekali, dalam pancing udang terpancing masalah.. saya agak memandang serius dalam pemasalahan peluang pekerjaan ini. Hal ini kerana, "pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara".