'Wujud momentum kebangkitan rakyat, kerja sungguh sungguh pasti menang'







Terdapat arus momentum kebangkitan rakyat di tengah tengah kesukaran hidup dan BN memaksa mereka memilih kerajaan baharu.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor, Syed Ibrahim Syed Noh, daripada maklum balas rakyat, KEADILAN Johor mendapati situasi kali ini berbeza dengan pola pengundian di Melaka.


Apatah lagi, katanya, KEADILAN Johor belajar daripada kelemahan di Melaka dan telah membuat persiapan awal.


"Kita di Johor, kita dapat pengalaman (dari Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka), kita buat strategi awal macam mana nak pastikan anggota kita boleh keluarkan 100%, pengundi atas pagar keluar 100%. Ini pengajaran besar. Saya syukur kita buat persiapan awal.


"Kita buat kerja, kita mesti usahakan untuk bertemu pengundi kita sebelum penamaan calon. Kita mesti manfaatkan teknologi maklumat yang ada, gunakan sosial media, buat forum dan sebagainya supaya rakyat dapat lihat dan dengar sendiri hujah yang dibawa oleh pimpinan kita.


"Di Johor kita ada momentum yang baik sekarang. Ini adalah kebangkitan momentum suara rakyat. KEADILAN telah buktikan dengan perkataan dan perbuatan bahawa kita boleh mentadbir dan boleh memenangi kerusi yang ditandingi," katanya dalam majlis pelancaran jentera KEADILAN Johor, malam tadi.


Ahli Parlimen Ledang itu menekankan agar jentera kempen menggunakan sepenuhnya isu harga barang untuk membangkitkan semangat rakyat menolak BN dan PN dalam PRN.


Jelasnya, rakyat Johor rata rata tidak berpuas hati dengan kegagalan kerajaan pusat dan negeri hal mengawal harga barang sehingga rakyat kesempitan.


"Saya jumpa macik di warung. Pergi sarapan diwarungnya, saya tanya macam mana berniaga? Dia kata, dulu modal sehari RM100 sekarnag modal RM300. Jadi saya tanya, kalau macam tu makcik naik harga?


"Jawabnya, saya tak sampai hati naik harga, saya bimbang orang tak datang kedai dan bimbang orang tak mampu beli makanan. Ini realiti berlaku, ini bukan dongeng.


"Kita jumpa ibu tunggal dalam program Back To School, tanya mereka suasana peniddikan. Pendidikan tidak tidak menentu sekejap ke sekolah sekejap on line. Mereka tak pasti masa depan pendidikan anak anak. Ini perkara asas masyarakat.


"Harga telur pula, dulu sepapan RM8 sekarang RM10 - 12. Minyak masak mahal, bawang mahal. Kalau tanya peniaga murtabak, mereka guna telur, minyak masak, mereka kata tak sampai hati naik harga jualan. Katanya, saya kurangkan untung. Masih ada untung. Esok lusa kalau naik lagi, peniaga pun mungkin tak ada untung langsung," ujar Syed Ibrahim sinis.


Dalam ucapan itu juga, beliau tidak lupa mengucapkan penghargaan kepada pimpinan KEADILAN yang telah turun lebih awal bertemu rakyat.


Misalnya Ketua Penerangan, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang telah pun bergerak ke 10 DUN, Pengerusi Penasihat KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah juga telah turun ke DUN. Begitu juga Presiden KEADILAN.


Dari maklum balas rakyat, katanya, mereka tidak segan silu memberitahu pemimpin KEADILAN mengenai kekecewaan terhadap situasi ekonomi semasa.

 

No comments: