SAYA AKAN TETAP BANTU DUN STULANG


STEVEN SIM

"Biar mereka perli saya, saya tetap akan bantu ibu-ibu yang susah."

Saya bangga teramat sangat dengan Saudara Andrew Chen Kah Eng calon PH DUN Stulang.

Ketika kerajaan buat PKP, Darurat, tutup sini sana tanpa fikir panjang lebar tentang kelangsungan hidup rakyat biasa, ramai ibu menyusu yang terkandas di Singapura kerana terpaksa mencari rezeki di sana tidak dapat pulang ke tanah air. Description: 🀱Description: 🀱🏻Description: πŸ‡ΈπŸ‡¬Description: πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ibu di Singapura, bayi kecil di Johor, terpisah oleh Selat Johor dan dasar kerajaan yang tidak pedulikan hidup mati rakyat. Description: πŸ˜”

Oleh sebab kerajaan tak hirau rintihan para ibu ini, Andrew sendiri telah bantu hampir 600 orang ibu menyusu yang terkandas di Singapura menghantar susu ibu kepada anak-anak mereka di Johor. Description: πŸš›Description: 🚚Description: πŸš›

Seluruh usaha ini mendapat pengiktirafan besar masyarakat setempat termasuk komuniti rakyat Johor yang menetap di Singapura untuk mencari rezeki. Description: ❤️

Namun ada pihak lawan yang perli Andrew ini sebagai "milkman" atau "lelaki penghantar susu". Description: 😑

Malah mereka kata Andrew patut jadi milkman bukan jadi wakil rakyat.

Ini satu kenyataan yang amat jahat.

Ya, mungkin mereka yang tidak berperikemanusiaan boleh membuat lawak perkara ini, tapi untuk 600 orang ibu menyusu dan bayi-bayi mereka, di masa kerajaan tidak menghiraukan nasib mereka, usaha Andrew amat-amat penting buat mereka.

Saya bangga teramat sangat dengan Andrew. Description: ❤️

Jalan teruih saudara! Description: πŸ’ͺ🏽Description: πŸ’ͺ🏽Description: πŸ’ͺ🏽

Saya ajak orang Stulang undi Andrew Chen Kah Eng 曾笳恩 calon Pakatan Harapan DUN Stulang.

 


May be an image of 3 people and food

No comments: