N41 PUTERI WANGSA - CALON BEBAS PRO REFORM (LOGO JAM) JADI PILIHAN






N41 PUTERI WANGSA - CALON BEBAS PRO REFORM (LOGO JAM) JADI PILIHAN

KEADILAN tidak bertanding di N41 Puteri Wangsa kerana menghormati Amanah kerana kerusi tersebut dipersetujui bersama untuk ditandingi oleh Amanah. Seribu kali malang, Amanah pula 'sub' kerusi tersebut kepada Muda.

Di peringkat ini, KEADILAN bersabar dan mengarahkan Ketua Wanita Keadilan Johor, Puan Napsiah Khamis Maharan yang telah bertungkus lumus bekerja di Puteri Wangsa untuk berpindah ke Dun Kempas dan bakal berhadapan dengan 6 lagi calon lelaki.

Tahap kesabaran Keadilan terus diuji oleh Muda apabila dengan sengaja Muda melanggar kerusi Keadilan di Larkin. Konsep khemah besar yang diharap-harapkan boleh menyatukan Pembangkang untuk membina kekuatan menentang BN dan PN langsung tidak dihormati oleh Muda. Dengan angkuh dan sombongnya Muda melanggar Larkin yang telah pun diistiharkan ditandingi oleh Keadilan bagi mewakili PH. Tiga kerusi yang ditawarkan oleh Keadilan kepada Muda tidak disambut tetapi kerusi yang Keadilan telah letak calon pula yang dilanggarnya. Jika tidak kurang ajar dan biadab, apa lagi yang boleh kita gelarkan kepada Muda?

Paling menariknya, Dap turut menyokong kempen Muda di Larkin walaupun Muda bukan gabungan PH. Dap sedar wakil gabungan PH iaitu Keadilan akan bertanding di situ, tetapi terdapat pemimpin Dap tanpa bertangguh lagi terus berkempen membantu Muda di situ. Sebagai balasannya, Syed Saddiq menjadi pengiring atau wakil calon Chin Tong dari Dap bertanding di Dun Perling. Satu drama yang menarik di dalam merealisasikan khemah besar yang mereka laung-laungkan itu.

Keadilan terus bersabar. Keadilan buat keputusan, Keadilan tidak akan membalas perbuatan jahat Muda itu dan tidak akan bertanding di mana-mana kerusi Muda. Itu keputusan parti.

Para penyokong Keadilan sudah keliru untuk mengundi siapa di kerusi yang Muda bertanding. Calon Keadilan tidak bertanding di kerusi yang Muda bertanding. Masakan mereka akan undi PN, BN, Pejuang atau Warisan. Tidak masuk akal pula mereka akan sokong Muda iaitu parti yang telah khianat Keadilan di Larkin.

Hanya ada satu pilihan, sekurang-kuranya di Dun Puteri Wangsa di mana ada calon alternatif, iaitu calon Bebas berlogo jam yang dibawa oleh Dato Ezam Mohd Nor, seorang pejuang reformasi. Calon bebas itu adalah Sdr Adzrin bin Adam. Maka, sewajarnya lah semua penyokong dan pengundi Keadilan membantu dan memberikan undi kepada calon Bebas ini. Tentukan Muda bukan sahaja tewas di Larkin, tetapi pastikan Muda juga kecundang di Puteri Wangsa.

Muda harus kita didik untuk lebih berhemah dan tidak berlagak samseng. Kekalahan semua calon Muda di PRN Johor ini akan dapat membantu parti mentah ini untuk lebih menghormati rakan-rakan dalam pakatan atau kerjasama. Sikap rakus dan tamak haloba parti Muda ini harus kita hentikan.

UNDILAH CALON BEBAS, SDR ADZRIN ADAM( LOGO JAM) DI PUTERI WANGSA!!

WFAUZDIN NS

 

 

No comments: