APA PUNYA BAGHAL...ZAMAN PUNYA LA MODEN DIA KATA MASAALAH KOMUNIKASI....KEH..KEH

 


PRN Johor : Masalah komunikasi punca PAS tak calonkan Najib Lep di Bukit Pasir




Pesuruhjaya PAS Johor, Abdullah Husin (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat PAS Johor hari ini

JOHOR BAHRU: PAS Johor hari ini menjelaskan keputusan memindahkan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Najib Lep ke tempat lain bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor disebabkan masalah komunikasi dengan jentera pilihanraya.

Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Husin, berkata jika tindakan menukar kawasan DUN itu tidak diambil, ia dibimbangi akan menjejaskan peluang beliau untuk terus memenangi kerusi berkenaan.

Katanya, pucuk pimpinan PAS bagaimanapun tidak pernah menyisihkan Najib sebaliknya menawarkan DUN lain untuk beliau tandingi yang lebih berpotensi untuk menang berdasarkan kajian yang telah dibuat.

“Tindakan ini juga berikutan laporan di mana Najib Lep menghadapi masalah dalam berkomunikasi dengan jentera pilihan raya DUN Bukit Pasir yang mungkin boleh menjejaskan peluang beliau untuk terus memenangi DUN tersebut,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat PAS Johor hari ini.

Abdullah berkata, selepas ditawarkan bertanding di DUN lain Najib bagaimanapun menolak pencalonannya yang telah dipersetujui Majlis Syura Ulama.

Katanya, PAS Johor menyerahkan kepada PAS pusat untuk menyiasat dan mengambil tindakan dalam menyelesaikan isu berkenaan.

Beliau berkata, PAS telah memanggil Najib untuk berbincang dan memaklumkan untuk bertanding di DUN lain seminggu sebelum Perikatan Nasional (PN) mengumumkan calon, bagaimanapun ditolak dengan alasan beliau lebih selesa di Bukit Pasir.

“Dia (Najib) cakap beliau sudah buat kerja banyak di Bukit Pasir, rasa ada kekuatan di sana, orang kenal dan sokong dia di Bukit Pasir,” katanya.

Terdahulu Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan kepada FMT keahlian Najib yang bertanding sebagai calon Bebas gugur secara automatik disebabkan tindakannya sendiri melanggar keputusan parti.

Semalam Najib membuat kejutan dengan mencalonkan dirinya sebagai calon Bebas di kerusi DUN Bukit Pasir dan berdepan pertembungan enam penjuru termasuk melawan calon PN yang juga daripada komponen PAS, selain bersaing dengan calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Pejuang) dan seorang lagi calon Bebas.

No comments: