KISAH SERAM NAJIB

 Multimedia

BERITA .Feb 25, 2022 8:05 PM
πŸ˜‚πŸ€£πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ€£πŸ˜‚
1 πŸ˜‚πŸ€£πŸ‘‰Jho Low senaraikan Najib antara individu perlu ‘disuap’, kata Leissner
Bekas pegawai Goldman Sachs itu berkata bekas perdana menteri itu dan Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan dari UAE berada dalam senarai Jho Low.
2 πŸ‘‰Low Taek Jho dan Najib Razak.
Bekas perdana menteri Najib Razak adalah salah seorang daripada beberapa pegawai kerajaan dari Malaysia dan Abu Dhabi yang disenaraikan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho sebagai individu yang perlu “disuap” bagi membolehkannya mengumpul dan membelanjakan berbilion wang dari dana 1MDB, bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner memberitahu mahkamah minggu ini.
3.πŸ‘‰Leissner yang merupakan saksi utama pendakwaan bagi perbicaraan rasuah 1MDB rakan sekerjanya Roger Ng menjelaskan bagaimana Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low melukis beberapa kotak dalam sekeping kertas di mana setiap kotak itu mewakili pegawai dari Malaysia dan UAE yang perlu disogok.
4. πŸ‘‰Selain Najib, seorang lagi pegawai kanan dalam senarai itu adalah Timbalan Perdana Menteri UAE Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan di mana beliau disifatkan oleh Low sebagai seorang lelaki “yang tidak akan bangun dari katil jika mendengar jumlah wang yang kurang dari AS$100 juta”.
5.πŸ‘‰Leissner seterusnya mengatakan Low juga berkata bayaran sogokan kepada pegawai kanan di Malaysia dan UAE “perlu sama dan harus dilihat sama banyak”.
6. πŸ‘‰“Dalam fikiran saya, ia bermaksud kedua-dua pihak perlu dapat wang sebanyak AS$100 juta,” kata Leissner seperti dilaporkan Bloomberg.
7.πŸ‘‰Leissner adalah pegawai atasan Ng di Goldman sebelum menjadi saksi pendakwaan terhadap kesnya.
8. πŸ‘‰Dia memberikan keterangan sebagai saksi kerajaan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan pengubahan wang haram dan rasuah, sementara Ng tidak mengaku bersalah bersubahat sama ada dalam jenayah pengubahan wang haram atau melanggar undang-undang anti rasuah.
9.πŸ‘‰Pertuduhan itu berpunca daripada skandal kewangan terbesar dalam sejarah di mana pihak pendakwaan AS berkata AS$4.5 bilion dari AS$6.5 bilion yang diperolehi daripada jualan bon 1MDB diselewengkan kepada kakitangan kerajaan dan rakan subahat melalui rasuah dan suapan wang.
10. πŸ‘‰Bercakap mengenai pertemuannya dengan Low pada 2012, Leissner berkata dia dan Ng bersetuju untuk mendiamkan berhubung pembayaran tersebut.
11. πŸ‘‰“Rasuah perlu dibayar untuk bolehkan ia (penyelewengan) berlaku, namun kami sentiasa simpan perkara ini antara kami berdua,” katanya.
12. πŸ‘‰Pemeriksaan balas Leissner di kandang saksi ditangguhkan sehingga minggu depan berikutan beberapa bukti baru dikemukakan oleh pendakwaan.
Jho Low senaraikan Najib antara individu perlu 'disuap', kata Leissner
MALAYSIANOW.COM
Jho Low senaraikan Najib antara individu perlu 'disuap', kata Leissner

No comments: