'Kalau nak kestabilan contohi kerajaan Selangor' - Fakharuddin Moslim



 



Alasan BN Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri dan mengadakan Pilihan Raya Negeri Johor pada 12 Mac ini kononnya Kerajaan Negeri tidak stabil apabila BN terpaksa berkongsi kuasa dengan PN.

Bagi calon KEADILAN DUN Pasir Raja, Fakharuddin Moslim, sekiranya politik Johor mahu kestabilan maka rakyat tidak boleh mengundi BN, sebaliknya contohilah rakyat Selangor yang mengundi Pakatan Harapan (PH).

"Kalau nak kestabilan kita harus contohi Kerajaan Negeri Selangor.

"Selangor stabil, kita tak dengar lagi mereka bergaduh kerajaan tumbang seperti di Melaka atau Johor. Kalau nak kestabilan lebih baik mengundi calon PH dan KEADILAN.

"Itu kunci kepada kestabilan. Harapan saya pada 12 Mac ini rakyat balik dan beramai ramai mengundi calon KEADILAN," katanya.

Menurut Fakharuddin lagi, politik bukan semata mata pesta berkempen dan mengundi 5 tahun sekali tetapi masalah rakyat tidak juga selesai.

Katanya, sebelum mengundi rakyat perlu fikir pihak manakah yang mampu menyelesaikan masalah mereka, terutama peneroka Felda.

"Saya percaya saya boleh menawarkan khidmat kepada masyarakat, boleh menyelami masalah rakyat. Saya ini anak Felda. DUN Pasir Raja ini ada 4 Felda dan kawasan kampung.

"Sebagai anak Felda saya faham masalah orang Felda, jerih payah emak ayah kita. Oleh itu, saya menawarkan diri bertanding di sini untuk selami dan selesaikan masalah yang berlaku di Pasir Raja.

"Harapan saya ialah saya nak masyarakat faham apa peranan sebenar parti politik. Bukan balik mengundi tetapi masalah tak selesai.

"Jadi fikir kita fikir alternatif terbaik apa yang kita boleh tawarkan kepada masyarakat untuk mengundi kita," katanya.

Graduan sains politik dari Universiti Sains Malaysia itu mengharapkan pada 12 Mac ini pengundi akan keluar sehingga 80%. Katanya, dengan peratusan mengundi yang tinggi sahaja perubahan dapat dilakukan di DUN Pasir Raja.



No comments: