STEVEN SIM
Dua hari lepas saya dapat panggilan dari Hospital Bukit Mertajam bagitau bahawa Uncle Ah Hock dah boleh keluar hospital.
Saya
minta tangguh sehari sebab saya cuba nasihatkan Uncle agar jangan balik ke
rumah tinggal seorang diri kat sana.
Saya dah
aturkan sebuah pusat jagaan warga mas swasta yang mempunyai kemudahan perubatan
untuk Uncle.
Asalnya
Uncle Ah Hock memang berdegil nak balik rumah sendiri. Tapi akhirnya dia
mengalah.
Bukan apa
Uncle, jangan marah, saya hanya bimbang kalau Uncle seorang diri kat rumah,
nanti ada apa-apa, tak ada orang yang bantu. Bukan setiap kali bernasib baik
ada jiran yang perasan dan call ambulans.
Terima
kasih kepada rakan baik saya Dr Hans Lim yang mengendalikan pusat jagaan warga
mas tersebut kerana sudi menjaga Uncle Ah Hock. Sekurang-kurangnya saya boleh
lega sikit Uncle ada orang jaga sehingga dia sembuh sepenuhnya.
Saya akan
tanggung segala perbelanjaan di pusat jagaan warga mas sehingga Uncle pulih
sepenuhnya. Kalau masa itu dia mahu balik rumah, baru kita tengok macam mana.
Bukit Mertajam keluarga
saya. Tak kira apa kaum dan agama, selagi saya mampu, saya akan jaga semua.