KISAH ROSMAH



Zulhafidz Yahaya

264a Fepobrua7rynf2 11ast a09:062d0  · 

Kemain lagi kak mah.

Makan malam Amal memang ruang buat network dan showcase, meja sapa paling mahal dan siapa bayar lebih, diala dapat nama, network dan Anugerah.

Sama juga makan malam Bisness Award, bayar, beli, bernetwork, dan dapat anugerah.

Saya rasa ,Jho Low bukan dalam pelarian

Dia di lindungi di luar negara, dari di tangkap.

Mak bapak dia pun ada je sini, takkan takde cara panggil anak balik, dan apa alasan dia taknak balik takleh balik, takkan INTELLIGENT MALAYSIA begitu Bodoh dan Cikai tak tau Jho Low ada mana..

Banyak nama² besar negara akan di petik jika Low Taek Jho ditangkap.

.............

Ahli perniagaan dalam buruan Jho Low pernah cuba mendapatkan bantuan Goldman Sachs untuk kemunculan ahli politik tertinggi AS dalam satu “majlis kebajikan” yang dihadiri Rosmah Mansor pada 2010.

Hal itu didedahkan bekas pegawai bank Goldman Sachs Tim Leissner dalam keterangannya pada Selasa (22 Feb) semasa perbicaraan bekas pekerja bawahannya Roger Ng di sebuah mahkamah di New York.

Pendakwa raya Drew Rolle menunjukkan kepada mahkamah satu emel daripada Jho Low yang dimajukan kepada Leissner oleh Ng.

Saksi itu diminta membacakan emel tersebut kepada mahkamah.

“Dia tulis, Hi, Tim, inilah acara kebajikan yang Jho minta bantuan kita itu. Tetamu yang dijangka ialah Bloomberg, Cuomo, Schumer, dan lain-lain.

“Adakah Lloyd boleh hubungi (bekas) presiden Clinton. Ia (majlis makan malan) black tie dan kita mungkin diminta hadir, terutamanya jika kita dapat membantu,” Leissner membaca emel yang ditulis Low.

Black tie biasanya merujuk kod pakaian acara, biasanya tuxedo atau sut rasmi.

Leissner menjelaskan kepada mahkamah, Jho Low meminta bantuannya untuk menggunakan rangkaian Goldman Sach - secara khususnya rangkaian Lloyd Blankfein yang pada ketika itu merupakan pengerusi dan CEO syarikat.

“(Jho Low mahu) Blankfein untuk berhubung atau secara asasnya mendapatkan presiden Clinton untuk menyertai acara buat Wanita Pertama Malaysia ini, dalam apa cara sekalipun,” katanya.

Blankfein diketahui umum sebagai pro-Demokrat. Nama-nama yang disebut dalam emel Jho Low itu berkemungkinan merujuk ahli parti Demokrat New York lain yang berpengaruh - Michael Bloomberg, Andrew Cuomo, Chuck Schumer dan Bill Clinton.

Akhirnya, Leissner mendekati seseorang bernama Stephanie Jay yang digambarkan sebagai orang dari pejabat Blankfein.

Mahkamah diberitahu, Jay membalas menerusi emel untuk bertanya: “Adakah kamu bertanya bagi pihak Wanita Pertama Malaysia, sama ada Lloyd boleh meminta Bill Clinton untuk hadir acara ini?

Saya gembira untuk membantu, cuma mahu pastikan yang saya tahu betul-betul apakah permintaannya dan siapakah pelanggannya, dan lain-lain?”

Rolle: Dan kamu kemudian membalas dengan berkata, Pelanggan itu merupakan Kerajaan Malaysia?

Leissner: Ya, betul.

Ketika ditanya kenapa dia mendekati Jay, Leissner menjelaskan bahawa membina hubungan untuk Rosmah dan Najib Razak - yang pada ketika itu perdana menteri - akan memberikan manfaat buat Goldman Sachs.

Katanya, ia akan menunjukkan kepada pasaran betapa Goldman Sachs mempunyai hubungan yang

hebat

.

“Pandangan saya pada ketika itu, dengan membantu sebarang jenis hubungan yang dicari perdana menteri, atau isterinya, yang sangat berpengaruh terhadap suaminya, akan sama-sama memanfaatkan kami dalam bentuk hubungan yang elok dengan perdana menteri, sekaligus dengan kerajaan Malaysia.

“Kami juga akan dilihat sebagai satu gerakan yang

hebat

oleh komuniti dan pasaran Malaysia kerana kami berkeupayaan menghubungkan perdana menteri dan isterinya kepada orang-orang yang sangat penting di tempat-tempat lain di dunia, dalam kes ini, Presiden Clinton,” katanya.

Leissner berkata acara itu dianjurkan sepenuhnya oleh Jho Low. Leissner berkata dia dan Ng kedua-duanya menghadiri majlis itu.

Pada 2010, Najib menghadiri perasmian Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington DC pada 12 dan 13 April. Acara yang dianjurkan Jho Low itu pula berlaku pada 16 April di hotel lima bintang St Regis di New York.

Rosmah Mansor di acara di St Regis New York pada 16 April 2010. Berdiri di belakangnya, beberapa bintang filem Hollywood.

Acara itu kurang mendapat perhatian media Malaysia. Bernama melaporkan yang Rosmah menerima ‘Anugerah Keamanan Dan Keharmonian Antarabangsa’ daripada Majlis Perniagaan bagi Persefahaman Antarabangsa (BCIU) AS semasa majlis di St Regis itu.

Akhirnya, laporan mendedahkan bahawa bintang Hollywood Robert De Niro, Charlize Theron dan Emmy Rossum turut hadir. Pemenang Oscar Jamie Foxx menjadi pengacara majlis dan menurut beberapa laporan, turut berduet bersama Rosmah.

Namun, tidak dapat dipastikan apakah nama-nama ahli Demokrat New York yang disebut dalam emel Jho Low turut hadir atau tidak.

De Niro akhirnya melawat Malaysia tiga bulan kemudian atas jemputan Rosmah.

Bersempena lawatan Rosmah ke New York, seseorang menempah iklan dua muka surat di New York Times, mengalu-alukan kedatangannya ke New York serta mengucapkan tahniah atas penerimaan ‘Anugerah Keamanan Dan Keharmonian Antarabangsa’.

Rosmah Mansor menerima ‘Anugerah Keamanan Dan Keharmonian Antarabangsa daripada mantan setiausaha negara AS Lawrence Eagleburger, yang mewakili BCIU pada 16 April 2010.

Menurut Nut Graph, NYT pada mulanya memberitahu mereka yang iklan itu dibayar oleh “Kerajaan Malaysia”.

Dua minggu kemudian, Nut Graph menyiarkan satu lagi artikel tentang NYT menarik balik kenyataannya dan berkata bahawa iklan itu dibayar oleh “Keluarga dan rakan-rakan di USA dan Malaysia”.

Pada 1 Julai 2010, ahli parlimen Padang Serai ketika itu N Gobalakrishnan mengadu bahawa pejabat perdana menteri mengelak soalan bertulisnya bagi mendapatkan perincian kos dibelanjakan untuk lawatan Rosmah ke AS itu.