KEGAGALAN DI PENTAS ANTARABANGSA OLEH KERAJAAN YANG TIDAK
BERFUNGSI.
27 Februari 2022
1. Imej Malaysia terus merudum di arena pentas antarabangsa hari
demi hari sejak terbentuknya kerajaan yang tidak dipilih melalui mandat
pilihanraya.
2. Di mulai dengan pelantikan Duta Khas Timur Tengah yang tidak
pun melawat sebahagian besar negara Timur Tengah, dasar luar negara Malaysia
terus kabur tanpa satu dasar yang jelas termasuk dalam krisis kemanusiaan yang
tragis di Yaman kerana terlalu sangat ingin menjaga hubungan dengan Arab Saudi
dan sekutunya Amerika Syarikat yang berlaku kejam menyerang Yaman yang kerdil
yang di landa kebuluran.
3. Ketandusan kepimpinan berkualiti makin terbukti di arena
antarabangsa apabila Malaysia enggan mengutuk keras serangan Rusia keatas
Ukraine tampa menyebut pun "serangan telah berlaku", tidak seperti
negara jiran Indonesia yang tegas dalam kutukan keatas Rusia.
4. Kelemahan Perdana Menteri dan Menteri Luar amat menyerlah
dalam isu berpotensi mencetus perang besar di Eropah dan pentas dunia.
5. Kelemahan kepimpinan tergambar melalui sikap acuh tak acuh
terhadap keselamatan ahli kedutaan Malaysia di Kiev, Ukraine.
6. Sementara kedutaan Amerika dan Britain telah mula
mengeluarkan pegawai mereka dari Ukrain sejak 14 Februari lalu, Malaysia
memandang remeh dan menolak laporan perisik - inteligence, negara barat sebagai
tidak boleh di percayai.
7. Begitu tidak bertanggungjawab kerajaan memperjudikan nyawa
pegawai rakyat Malaysia.
8. Apabila Rusia telah mula menyerang Ukraine, diberitakan
Setiausaha pertama kedutaan Malaysia, Fadhilah Daud telah bertindak sendiri
membawa kakitangan kedutaan Malaysia menuju ke sempadan dalam konvoi beberapa
kereta.
9. Itulah gambaran tidak prihatin dan kelam kabutnya
"perancangan" kerajaan Malaysia dalam usaha saat terakhir untuk
mengeluarkan kakitangan kedutaan Malaysia walaupun kedutaan negara lain telah
bertindak keluar dua minggu terdahulu.
10. Inilah sikap tidak prihatin dan tidak bertangung jawab
kerajaan Malaysia di mana Perdana Menteri, Ismail Sabri, tidak berani menyebut
nama negara Rusia atau mengecam serangan ke atas Ukrain pada kenyataan 26
Februari sementara kakitangan kedutaan Malaysia di Ukrain terpaksa mencari
jalan keluar cara sendiri melalui jalan setelah Ukrain mulai di serang kerana
Kerajaan Malaysia meremehkan amaran awal antarabangsa.
11. Perdana Menteri perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa
nyawa kakitangan kedutaan Malaysia dipertaruhkan sehingga mereka terpaksa
bertarung nyawa sementara kedutaan lain sudah dua minggu sebelum serangan
dikeluarkan dari Ukrain.
12. Kenyataan Menteri Luar, Saifuddin Abdullah bahawa
"....Embassy staff have been evacuated....." adalah tidak tepat
kerana mereka dilaporkan "mencari jalan keluar sendiri" di saat
terakhir dan bukan melalui perancangan kerajaan Malaysia.
13. Tidakkah cukup pengalaman hitam pahit penembakan jatuh
penerbangan pesawat MAS di Ukrain pengajaran yang cukup betapa ganasnya rantau
tersebut sejak begitu lama?
14. Rakyat menunggu penjelasan kenapa begitu murah nilai nyawa
rakyat kedutaan Malaysia, atau adakah kerajaan tertidur keletihan mengurus
pilihanraya demi pilihanraya negeri di mana nyawa rakyat sekali lagi di risikokan
demi nafsu politik diri?
15. Dengan angka hampir 30,000 jangkitan harian Covid kini,
nyawa rakyat masih hendak di perjudikan demi nafsu pemerintah yang tetap
mengadakan pilihan raya negeri Johor walaupun kerajaan masih berdiri tanpa
gangguan.
16.Adakah kita mempunyai kerajaan yang rasional dan
bertanggungjawab?
17.Malahan ada rakyat yang bertanya, adakah wujud pun sebuah
kerajaan yang berfungsi di Putrajaya hari ini?
RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Ahli Jawatankuasa AMANAH Nasional