KAH..KAH..KAH..UMNO KENA MAIN DENGAN PAS...KAN DAH KATA..PAS MAIN DUA KOLAM .

 

Panas! Umno gesa Pas berterus terang, jangan ‘main dua kolam’



Panas! Umno gesa Pas berterus terang, jangan ‘main dua kolam’


UMNO Pahang menyambut baik saranan Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya Pas membuat pendirian sama ada mahu bersama Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak.

Pengerusinya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, saranan itu wajar supaya tidak timbul sebarang konflik pada pilihan raya itu jika MN dan PN membuat keputusan meletakkan calon bertanding di kawasan pilihan raya yang sama.

“Di Pahang, sepertimana diperakui Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Abdul Jabar dan Timbalannya, Andansura Rabu, pilihannya ialah MN bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN),” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, MN juga telah diperakui sebagai model terbaik untuk politik negeri ini.

“Saya berharap, Pas Pusat dapat membuat pendiriannya seperti saranan Mohamad bagi mengelak kekeliruan dan syak wasangka bukan sahaja dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO malah saya percaya juga dalam kalangan pemimpin dan ahli Pas,” katanya.

Pada Sabtu, Mohamad yang juga Pengarah Pilihan Raya UMNO itu menjelaskan pembahagian kerusi yang diperuntukkan bagi menghadapi PRU15 sudah dipersetujui di peringkat parti dalam BN.

Jelasnya, Pas perlu membuat keputusan sama ada mahu bersama MN ataupun PN bagi menghadapi PRU15 termasuk pada peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menyatakan keputusan serta pendirian jika mahu bersama UMNO.

No comments: