DUA TITAH AGONG YANG PM MESTI PATUHI
Baik.
Agong titah agar kurangkan kehangatan politik, semua parti perlu
bersama bantu kerajaan atasi pandemik Covid, termasuk Pembangkang. Maka, PM pun
mahu Pembangkang turut serta bantu mereka. PH pun akur titah Agong, sebab itu
pimpinan PH hadir bertemu dengan PM. Matlamat PH untuk bertemu dengan PM bukan
soal kuasa atau jawatan tetapi soal bagaimana kjaan harus bertindak untuk atasi
masalah negara sekarang. Oleh sebab itulah, PH meletakkan syarat kepada kjaan
jika kjaan ikhlas mahu Pembangkang bantu mereka. Syaratnya mudah, jangan ulangi
kegagalan kjaan Mahiadin dan penuhi hasrat rakyat. Persoalannya, apakah dengan
melantik beberapa bekas menteri dalam kerajaan gagal itu boleh membantu mengatasi
masalah negara? Apakah dengan melepaskan beberapa kes mahkamah boleh mengatasi
masalah negara?
Jangan mereka lupa, Agong bukan sahaja bertitah agar jangan
wujudkan kehangatan politik. Baginda juga bertitah agar PM yang baru dilantik
perlu absahkan sokongan terhadapnya di Parlimen yang akan bersidang beberapa
hari lagi. PM mesti absahkan bahawa beliau memang memiliki 114 sokongan MP yang
menyokongnya. Sukarkah untuk melakukannya?
Kuasa di tangan PM untuk melakukannya. Hanya kekuatan dan
keberanian politik sahaja boleh membantu beliau. Jika tidak, tiada bezanya
beliau dengan kerajaan Mahiadin yang gagal itu.
WFAUZDIN NS