UPKO secara rasmi mohon sertai Pakatan Harapan – Saifuddin

 UPKO secara rasmi mohon sertai Pakatan Harapan – Saifuddin


Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini telah membuat keputusan untuk menerima Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebagai salah satu parti komponen blok pembangkang itu.


Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail berkata, penyertaan UPKO akan terus memperkukuh kerjasama terutama dalam persiapan menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

UPKO secara rasmi mohon sertai Pakatan Harapan - Saifuddin


“Pada waktu ini, sukacita saya umumkan bahawa Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) telah membuat permohonan rasmi untuk menyertai Pakatan Harapan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pintu PH sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan parti-parti pembangkang yang lain.

“Malah kami juga mengalu-alukan sekiranya parti-parti ini membuat permohonan untuk menyertai Pakatan Harapan,” katanya.

Untuk rekod, selain UPKO, empat lagi parti pembangkang di luar blok PH ialah Parti Warisan (Warisan), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Sarawak Bersatu (PSB).

No comments: