Menggunakan Menteri yang sama untuk perubahan...
KABINET MAIL UNTUK PEMILIHAN PAU (UMNO)?
Sungguh mengejutkan apabila lantikan Menteri oleh PM Mail ibarat
tayar celup atau sampah kitar semula. Pengumuman ini bukan mengejutkan PH
tetapi mengejutkan team Zahid Hamidi atau dikenali UMNO G15. Paling mengejutkan
Timbalan Presiden UMNO dan Ketua Pemuda UMNO tidak dipandang oleh Mail dlm
kabinetnya... berat ini?
Malah Mail sanggup meletakkan Tengku Zafrul yang bukan sahaja
hanya seorang Senator tetapi nyata gagal hingga sanggup mengenepikan kemampuan
Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat??? Ia menjatuhkan maruah Timbalan Presiden UMNO
di mana Naib Presiden yang menjadi PM menolaknya utk jawatan tersebut.
Saya melihat penyusunan Menteri/Tim dlm kabinet Mail lebih kpd
jangka panjang menjelang Pemilihan Agong UMNO 2023 nanti. Mail mencuri Noh Omar
dari Zahid. Kenapa? Sebab Mail tahu Noh Omar adalah singa UMNO seperti Tajudddin,
Nazri, Shahidan dan Annuar Musa. Mereka ini boleh dijadikan panglima utk
bersilat dgn geng Zahid & Najib nanti.
Sedangkan saya merasakan Azalina dan Nur Jazlan jauh lebih
berkualiti berbanding Adham, Noh Omar apatah lagi Shahidan Kassim. Jika mahu
reform agar kerajaan ini berkesan Mail sepatutnya melantik Menteri yg
berkualiti. Jelas Mail lebih pentingkan politik berbanding perubahan utk
negara.
Mail belajar dari Muhyiddin. Muhyiddin melantik dirinya dan
beberapa pemimpin UMNO sehingga mereka berubah arah menyokong dan
mempertahankan kerajaan Muhyiddin apabila diberi jawatan. Atas sebab itulah
Mail mencuri Noh Omar dari G15 UMNO. Dgn kelebihan sebagai PM tanpa perlu Zahid
dan Najib ke Sg. Buloh, Mail mampu menduduki kerusi Presiden UMNO dgn mudah.
Mengapa Mail mengekalkan begitu ramai Menteri yg gagal? Adham
Baba, Rina Harun, Takiyuddin, Zuraida dan ramai lagi adalah antara Menteri yg
gagal. Nyata perlantikkan jamaah Menteri ini adalah serampang dua mata. Pertama
utk Pemilihan Agung UMNO dan kedua utk tidak digugat oleh Bersatu.
Dari senarai Menteri Kabinet Mail seolah olah Mail lebih
berkiblatkan atau bertuankan Muhyiddin berbanding Zahid. Ini kerana Bersatu
team Azmin dan Hamzah dilihat lebih mendapat perhatian berbanding mereka dari
partinya sendiri terutama mereka yang dianggap team Presiden, Tim Presiden dan
mantan Presiden.
Bagi saya kabinet ini bukan kabinet untuk perubahan yg mahu
dilihat rakyat Malaysia tetapi ia kabinet utk masa depan Mail sebagai PM dan
sebagai calon Presiden UMNO. Saya yakin UMNO G15 dapat merasakannya dan pastinya
sangat kecewa. Mana mungkin Timbalan Presiden dan Pemuda UMNO diketepikan sdgkan
Bersatu mendapat tempat jawatan sebagai Menteri dan Timbalan Menteri. Di mana
maruah UMNO?
Mail bijak berpolitik. Beliau sedar UMNO G15 yg menjatuhkan
kerajaan sebelum ini. Dengan diberikan jawatan kepada UMNO28, dia bertambah yakin untuk
mencalonkan dirinya sebagai Presiden UMNO dan menang dalam pemilihan nanti. Jadi
lebih mudah utuk dirinya bekerjasama dengan Bersatu dan PAS dalam PRU15 nanti.
Ramalan saya tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri berlaku.
Saya meramalkan juga jawatan Presiden UMNO akn menjadi saingan antara Mail dan
Zahid dan KJ akan bertanding sebagai Timbalan Presiden. Zahid ingat dia bijak
untuk kepentingan peribadi dan politiknya tetapi sebenarnya dia masuk perangkap.
Nasib Zahid akn menjadi seperti Muhyiddin... orang tamak selalu rugi.
Sekadar itu sahaja. Mahu mengulas kedudukan satu persatu
kedudukan Menteri bagi saya tidak perlu kerana ia hanya sekadar 'syarat wajib'
utk kerajaan menguruskan negata. Malah kita sudah tahu mereka semua itu telah
gagal.
Yang perlu kita perhalusi dalam konteks yang lebih besar, apa niat
disebalik perlantikan jemaah Menteri Big Size dan kitar semula ini oleh
kerajaan 69 ini. Jelas ia lebih kepada pelantikan politik demi masa depan politk
PM.
Yang malang adalah rakyat. Pertama wang rakyat dibazirkan untuk
menyara big size kabinet. Kedua rakyat mendapat Menteri Kitar semula utk
mengharap berlaku perubahan pengurusan Covid19
Takziah buat mu Malaysia.