Laa...ingatkan
hebat
sangat kabinet baru Pak Mail, rupa-rupanya menteri-menteri yang gagal tetap ada
lagi. TPM pun masih gagal dilantik.
Bayangkan, tokoh semburit negara masih ada dalam kerajaan. Umno
desak begitu lama agar kes video semburit ini disiasat. Malangnya, umno juga
kutip dia kekal jadi menteri.
Menteri yang menipu dalam dewan, jual nama Agong kononnya Agong
perkenan tamatkan ordinan darurat sehingga Agong merasa kecewa, menteri tu
masih kekal dalam kabinet.
Paling kelakar, shahidan kassim yang telah dilucutkan jawatannya
sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Perlis, tetapi kerana kuat mengampu kerajaan
PN, dilantik jadi menteri wilayah. Apakah itu cara untuk memalukan Presiden
Umno? Ramai yang tidak akur dengan arahan Umno telah dilantik jadi menteri,
contohnya Anuar Musa.
Paling best, menteri jaga agama kali ini diserah kepada pak
lebai Derih. Sudah tentu "hudud nyawa Pas" akan berjaya dilaksanakan.
Paling tidak, bulan September ini Parlimen bersidang, kompom RUU 355 akan
dibawa oleh Pas setelah 18 bulan kerajaan tebuk atap dulu tidak dapat buat.
Kali ini pasti boleh kerana kalau kita dengar ucapan lebai Derih ni, Pas mampu
buat apa saja asalkan diberi kuasa. Nah, kuasa ditangan selaku menteri agama.
Apa lagi?
Bab ekonomi? Ermm..entah lah selagi menteri dia mamat Zafrul,
orang bank juga. Dapat pulak menteri ekonomi, seorang yang pernah dikaitkan
dengan kes 1 MDB.
Kesimpulannya, tiada satu pun yang berbeza dari kerajaan gagal 18
bulan. Masih tidak mampu wujudkan jawatan TPM kerana PM tiada kekuatan politik,
hanya berpaut dengan 4 ketul ahli parlimen saja. Silap pilih, tumbang lagi.
Melihat kepada susunan kabinet usang seperti ini, saya harap PH
jauhkan diri dari kerajaan seperti ini. Tidak pernah insaf dari kesilapan.
Harapan kita, kerajaan ini dibersihkan dari menteri-menteri yang gagal dulu termasuk
yang ada isu-isu tercemar, malangnya PM tiada kekuatan.
Masih kenderaan buruk yang rosak di sana sini, cuma tukar
pemandu saja. Adakah ada harapan untuk rakyat dengan jemaah menteri sedemikian
rupa?
Melihat kepada senarai kabinet yang telah diumumkan sebentar
tadi oleh PM, memang wajarlah kerajaan ini tidak disebut sebagai kerajaaan
Umno/Bn. Balik asal kita.
WFAUZDIN NS