ANGGOTA TENTERA YANG DITAMATKAN PERKHIDMATAN AKIBAT MENOLAK SUNTIKAN VAKSIN MEMILIH UNTUK MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG

 




May be an image of 1 person and text that says "Sinar Harlan Khamis 26 Ogos 2021 Premium Berita Suara Sinar Video Khas Lifestyle E Paper Terkini Pengi BERITA NASIONAL TDM timbang serap kemball anggota dipecat Jlka terlma vaksin TDM timbang serap kembali anggota dipecat jika terima vaksin 25 Ogos 2021"


Terlebih dahulu, saya ingin menarik kembali tulisan saya di FB di sini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10225892967292875&id=1294492216 apabila saya dimaklumkan bahawa sebenarnya Sjn Wan Ramli Wan Seman tidak pernah dipanggil untuk bertugas semula. Di dalam tulisan saya sebelum ini, saya menyatakan perkhabaran bahawa anggota tersebut telah dipanggil semula untuk berkhidmat.

Saya telah berhubung dengan anggota tersebut untuk kepastian dan memang benar beliau tidak pernah dipanggil semula untuk berkhidmat dan beliau akan menyelesaikan isu ini melalui perundangan di mana beliau telah mengambil seorang peguam.

Saya telah menulis bahawa secara peribadi saya bersetuju dengan tindakan ATM untuk mewajibkan semua warga tentera bagi mengambil vaksin berdasarkan keperluan meskipun pengambilan vaksin tidak diwajibkan oleh kerajaan. Keputusan ATM ini tentunya telah mengambil kira baik dan buruknya keputusan ini apatah lagi ATM merupakan satu organisasi yang bekerja rapat secara berkumpulan.

Cuma, apa yang saya persoalkan adalah kewajaran mengambil tindakan tatatertib sehingga menjatuhkan satu hukuman yang terlalu keras seolah-olah menyamakan tindakan tidak mengambil vaksin itu satu kesalahan jenayah besar. Saya juga mempersoalkan tentang kaedah--kaedah perbicaraan dan hukuman yang dilaksanakan. Mengikut Akta Angkatan Tentera 1972 dan merujuk kepada Warta Kerajaan, bukankah sebarang hukuman yang melibatkan pemberhentian seseorang warga tentera itu, perlu yang dituduh diberi 'option' samada menerima terus hukuman Pegawai Memerintah atau memilih untuk dibicarakan di mahkamah tentera?

Jika 'option' ini tidak diberikan, maka saya rasa terdapat kecacatan di dalam perbicaraan tersebut. Tindakan PTD membuat tawaran kepada anggota berkenaan untuk bertugas semula sekiranya sanggup menerima vaksin, pada saya itu bukan cara untuk menyelesaikan isu ini. Bahkan, tindakan itu seolah-olah PTD boleh mengubah hukuman yang dijatuhkan oleh Pegawai Memerintah. Itu tidak baik untuk ATM. Paling baik adalah PTD menasihatkan agar Pegawai Memerintah mematuhi prosedur perbicaraan dan anggota perlu dipanggil untuk perbicaraan semula.

Amatlah penting sebagai satu organisasi yang penuh dengan dedikasi dan disiplin, ATM perlu peka dengan kejadian seumpama ini. Kita tidak mahu melihat warga tentera mulai rasa hilang kepercayaan terhadap perundangan ATM. Tindakan anggota berkenaan untuk membawa kes ini ke mahkamah adalah satu tindakan dan hak baginya untuk menuntut keadilan.

WFAUZDIN NS