DISOLUSI 90 PERATUS


May be an image of text that says "NYPD PN BN imgflip.com"

MOHD MUKHLIS


Siapa-siapa yang mengharapkan keajaiban dengan Kabinet Mail Sabri adalah delusional. 90% adalah status quo. Macam saya sebut dalam clubhouse, dari susunan kabinet dia, kita boleh tahu apa tindakan dia yang seterusnya.

1) Bagi saya ini adalah kabinet Mail Sabri untuk persediaan PRU15

2) Dia sudah pasti bercita-cita untuk jadi PM lepas PRU15, jadi dia boleh buat dengan 2 cara

- Ambil alih tampuk kepimpinan UMNO selepas ROS arahkan untuk membuat pemilihan semula

- Jika tak berjaya dia boleh bertanding bawah Bersatu ataupun Perikatan Nasional

3) Melihat hanya beberapa kerat sahaja geng kluster mahkamah yang lantik jadi menteri, ini bermakna satu tamparan hebat untuk Zahid dan Najib. Lagi malang kalau Azalina tak di lantik semula jadi timbalan speaker ( kira yang paling perform dalam kluster mahkamah) adalah satu amaran untuk Zahid dan Najib. Yang paling best admin tentera ketum di Page Najib Razak dah tak boleh nak pusing apa lagi sebab yang jadi PM adalah UMNO bukan bersatu. Dan dengan jaminan untuk tak campur tangan kes mahkamah ( yet to be seen), even Mail Sabri pun tak berani nak rosakkan reputasi dia dengan Najib dan Zahid. Finally both of them can start tasting their own medicine. Kalau masuk ke dalam nanti, mereka tak boleh kata konspirasi PH, sebab mereka masuk di bawah kerajaan UMNO.

4) Takkurantini tak dapat jadi menteri, hopefully industri sawit kita tak collapse la sampai berbillion-billion. Duta timur tengah pun tak di lantik, tapi ada pun buat apa, satu-satunya duta timur tengah useless yang tak pernah turun site visit.

5) Perlantikan PAS dalam Menteri Agama dan timbalan adalah sebenarnya hendak game mereka bila PRU15. Nanti mereka sudah tiada alasan lagi hendak bentang RUU355. Mantan mentega dulu mesti menyesal jadi menteri tapi bila sudah pilih jalan berkhianat, serves him right. Nanti bila PRU15 harap-harap lebai PAS tak boleh lagi tipu bab hudud, haram judi, haram arak, haram nombor ekor, tutup casino, tutup aurat peramugari dan murtad.

6) Bila dia retain menteri yang tak peform albeit tukar portfolio macam air suam, itu juga sebenarnya bukti yang dia sengaja hendak lawan Presiden UMNO dan bina team dia sendiri bila ada pemilihan UMNO.

7) Jemin juga tak dapat jadi TPM walaupun retain menteri kanan, ini bermakna jemin akan sentiasa jadi dead wood yang bakal menyusahkan Mail Sabri. Jadi yang dia duk sembang tutup pintu depan, bukan pintu belakang itu adalah sandiwara semata-mata.

Description: 😎KJ jadi menteri kesihatan should be way better dari Air suam tapi it will not be easy sebab every penny yang mereka spend kena di bentang dalam parlimen.

9) Zafrul jadi menteri kewangan bermakna same old thing tapi dia akan hadapi kesukaran nak bentang perbelanjaan zaman darurat PN dahulu.

10) Lain lain menteri semuanya underform macam Rinamon, Melah, Nanta, Nuar Musa, Pudin Dolah dan Tiktok adalah cerminan yang kita akan dapat barisan kabinet yang hampir sama, cuma beza pada nama.

Apa-apapun saya ucapkan selamat bertugas dan pada kluster mahkamah, selamat berhijrah.