SIAPA LAGI MAHU BERKAWAN DENGAN DAP?

 


May be an image of 1 person and text that says "KENAPA NAK MUSUHI DAP Apa pasal nạk bermusuh dengan DAP? Kalau DAP curi duit (macam UMNO), kita lawan Kalau DAP rasuah (macam UMNO), kita lawan Tapi kalau sama sama berpakat membantu rakyat maka kita sokong! GU S Anwar Ibrahim Taman Utama Pekan Nanas, Tanjung Piai UMNO & PAS HANYA MAHUKAN DAP TINGGALKAN PH SUPAYA PH HILANG SOKONGAN DARI BUKAN MELAYU"




NORMAN RADZUAN

Tony Pua jangan celupar... guna saluran parti

SIAPA LAGI MAHU BERKAWAN DGN DAP?

Buat saudara Tony Pua,

Kita seusia dan kita sama2 remaja era 80an dahulu. Jika saudara masih ingat ketika itu atau belajar sejarah, kami org2 Melayu memandang DAP seperti komunis atau persepsi rakyat seluruh dunia kpd Taliban. Malah bila ada org Melayu menyertai parti roket ini, mereka dianggap 'murtad' oleh org Melayu.

Pagi ini saya ingin menegur saudara Tony Pua yg beranggapan kejayaan BN atau UMNO menjadi kerajaan semula dgn menyalahkan pembangkang. Teguran itu tak salah tapi cara dia menegur secara terbuka hanya memudaratkan kebencian org Melayu kpd DAP. Jadi izin saya menegur saudara Tony secara terbuka.

Hingga ada pimpinan parti2 komponen PH menyuarakan utk mencari pengganti Anwar memimpin PH dgn alasan mencari pimpinan muda. Tapi yg peliknya masih menyokong Mahathir dan masih mahu bekerjasama dgnnya utk PRU akn dtg.

Saudara Tony Pua,

Benar mungkin ada pentaksub Anwar dlm kalangan penyokong PH tetapi lebih separuh daripadanya menyokong Anwar kerana kredibiliti yg ada pada dirinya. Perbandingan Anwar dgn Najib, Pak Lah, Muhyiddin apatah lagi Ismail Sabri bagai langit dgn bumi dari segi kualiti.

Bijak, berpengaruh di dlm & luar negara, amanah, aura kepimpinan, berprinsip antara ciri kepimpinan yg membezakan Anwar dgn pimpinan yg ada di pihak kerajaan dan pembangkang ketika ini. Anwar masih hidup, masih sihat, masih waras dan masih tajam pemikirannya.... kita gunakan dirinya selagi boleh. Bila Anwar sudah tiada barulah difikirkan siapa penggantinya.

Biden menjadi Presiden Amerika di usia 78, PM India Modi 70, Presiden China Xi Jinping 68, Russian Putin 68, Mandela diangkat menjadi Presiden ketika usia 80 , Muhyiddin 72 dan Mahathir 93. Jadi apa alasan menolak Anwar kerana ingin mencari pimpinan muda???

PH tewas bukan sebab Anwar. PH tewas sb dikhianati Mahathir, Muhyiddin, Azmin dan Zuraida. PH gagal menguruskan negara 22 bulan bukan sb Anwar kerana yg menjadi PM ketika itu Mahathir. Tapi mengapa Tony dan beberapa pemimpin Amanah tidak pernah menolak Mahathir malah masih ingin bekerjasama dgnnya.

Pada PRU lalu hanya 27% Melayu menyokong PH. Tahukah saudara Tony, dari 27% itu, 22% Melayu menyokong PH kerana Anwar dan selebihnya (5%) kerana bencikan BN atau bekas ahli PAS yg menyertai Amanah. Melayu tidak pernah secara gerombolan menyokong PH kerana tertarik dgn DAP mahupun Amanah.

Tahukah saudara Tony, Anwar sukar diterima oleh org Melayu hingga ke peringkat atasan adalah kerana DAP. Tapi tidak pernah Anwar bersungut dan menyalahkan DAP sebagai liabiti utk dirinya bergelar PM. Ini kerana Anwar berprinsip dlm agenda perjuangan beliau. Saya yakin Anwar pasti akn meninggalkan DAP jika parti itu kelihatan racist, korup dan salah guna kuasa.

Ada pimpinan DAP dan Amanah sendiri menyindir Anwar apabila mereka tidak mahu bekerjasama dgn kleptokrasi yg ditujukan kpd UMNO atau kluster mahkamah. Hari ini jelas Anwar tidak berkompromi dgn kluster mahkamah utk menyokongnya. Yg peliknya DAP dan Amanah menyokong UMNO di Perak hingga jatuhnya MB Peja tidak menjadi masalah?

KM Sarawak sendiri mengakui hanya Anwar tidak menghubungi utk sokongan. Jelas Anwar tidak mengharap sokongan dgn menjanjikan apa2 keuntungan politik kpd mana2 pihak. Anwar jika dia tidak teguh dgn prinsipnya sudah lama dia menjadi PM. Dia tak peduli sindiran dia adalah PM tepi. Apa Anwar mahu malukan asalkan dia teguh dgn prinsip.

Jadi buat Tony Pua dan rakan dari komponen PH sudah2 menyalahkan Anwar. Sepatutnya pimpinan DAP perlu sedar sukar PH menguasai kerajaan kerana bencinya org Melayu kpd DAP bukan kpd Anwar. Ukuran apa utk mencari pengganti Anwar. Gagal...? Anwar belum diuji menjadi PM lagi. Persoalannya adakah tanpa Anwar gerombolan org Melayu akn menyokong PH?????

DAP mula diterima oleh org Melayu apabila Anwar menyatukan DAP bersama PKR serta PAS utk bersama sama melawan BN. Pun begitu hanya mampu menarik segelintir sahaja org Melayu kerana ketakutan org Melayu kpd DAP dgn persepsi sukar disucikan.

Memburukkan lagi keadaan sikap segelintir pimpinan DAP yg tidak bijak menjaga sensitiviti org Melayu merupakan satu kebodohan dlm berpolitik. Ingatlah saudara Tony Pua, jika PKR meninggalkan DAP, parti ini akn kembali ke era 70 dan 80an. Parti ini kembali dianggap sebagai parti perkauman, parti milik komunis dan agen PAP oleh org Melayu.

Persoalannya siapa lagi parti Melayu yg mahu berkawan dgn DAP? Amanah tanpa Anwar ia ibarat parti Gerakan di dlm BN atau PN. Hari ini sudah ada org Melayu memanggil anda sebagai 'Tony Puaka' ia tidak bagus utk permuafakatan dlm PH.

Pesan saya buat saudara Tony, jika tidak berpuashati gunakan saluran dalaman parti. Saya juga agak skeptikal utk kita menjatuhkan Muhyiddin apabila mengenangkan kembalinya UMNO menjadi kerajaan. Tapi jgn bicara ketidakpuasan hati sebagai salah seorang pimpinan PH dibuat secara terbuka.

Akhir kata buat saudara Tony dan juga pimpinan DAP yg lain....belajarlah dari MCA. Kenapa MCA yg jelas parti kaum Cina tidak ditakuti? Sdgkan parti itulah yg menolak Hudud bukan DAP. Sebab parti ini bijak bermain politik dan tahu sensitiviti org Melayu. Kasihani penyokong PH berbangsa Melayu yg sudah penat membela DAP kerana keceluparan segelintir pimpinannya.

Next issue kenapa pilih Syafie dan bagaimana persiapan PH utk PRU15. Perlukah PH bersama Warisan dan Mahathir lagi?