ALLAH TERUS LINDUNGI ANWAR IBRAHIM DARI TERJEBAK DENGAN MAINAN POLITIK YANG MENJIJIKKAN

 

Apakah perjuangan mendapatkan mandat rakyat ini harus dihentikan? Mengapa takut gagal dan terus gagal lagi? Atau, mahu dibiarkan hak rakyat ini terus dirobek dan diagihkan sesama mereka?

Aku teringat pesanan pemimpin lebai sewaktu mereka belum sesat dulu, iaitu "Allah tidak tanya kamu menang atau kalah, tetapi Allah akan tanya kamu berusaha atau tidak menentang kemungkaran, pengkhianatan dan kezaliman itu?".

Apakah maksud kezaliman? maksudnya, meletakkan sesuatu itu bukan pada tempatnya. Menjadi PM tidak dipilih oleh rakyat, umpama menjadi Imam solat yang tidak diredhoi majoriti Makmum. Imam solat bukan hanya perlu disukai atau dilantik di kalangan ajk2 masjid dan surau saja, tetapi lebih utama adalah oleh makmum solat yang diimamkannya.

PM bukan hanya naik kerana sokongan MP atau istana semata2 tetapi mesti melalui demokrasi pilihanraya. Dari rakyat, untuk rakyat dan kepada rakyat. Bukannya dari rakyat, dirampas, kemudian dipilih siapa PM dari kalangan perampas dan pengkhianat, kemudian jadi PM. Itulah kezaliman yang wajib kita lawan, tidak perlu tunggu PRU15 kerana mereka pun tidak tunggu PRU untuk berkuasa.

Allah berfirman dalam Surah Hud ayat 113;

وَلاَ تَرْكَنُواْ إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ مِنْ أَوْلِيَاء ثُمَّ لاَ تُنصَرُونَ

“Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim; kelak kalian akan dibakar oleh api neraka. (ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan.”

Petikan hadith;

" Sesungguhnya selepasku ini akan adanya pera pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolongan kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangkan telaga di syurga. (Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani di dalam al-Kabir dan al-Ausod .

Atas prinsip itu, tepatlah langkah Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang dan Pengerusi PH terus bertindak dan berusaha sedaya upaya untuk mengembalikan hak kepada yang berhak. Kita juga zalim jika kita tidak mencegah kezaliman. Memang sukar kerana kuasa itu telah berada di tangan pengkhianat, tidak mudah untuk diambil kembali. Namun, apakah itu alasan mudah untuk kita terus benarkan mereka merobek dan mencabuli hak kita, hak rakyat yang memberi mandat?

Alhamdulillah, Allah selamatkan Anwar dari termakan pujuk rayu dan godaan kekuasaan secara jijik dan meloyakan. Allah juga pelihara kita kerana itu kita masih menentang mereka. Sebaik2 pemimpin adalah pemimpin yang paling banyak hadapi ujian dan fitnah. Sejahat2 ulamak adalah ulamak yang mendekati pemerintah yang khianat dan zalim.

WFAUZDIN NS

 

No comments: