KENAPA DSAI TIDAK TERPILIH ?

 

Kak Ida Abdullah


Macam-macam info yang masuk mengenai kenapa DSAI tidak dipilih.. Bagi saya setiap rakyat yang ingin penyelesaian dari kemelut ini tahu kenapa dan siapa penghalang terbesar. Jadi jika rakyat nak juga DSAI PM Malaysia JANGAN sesekali menaruh harapan kepada bangsawan, elit, di Malaysia kerana selagi rakyat susah dan menyanjung mereka dan bertongkat kepada mereka, HANYA ahli politik pentingkan diri sahaja akan naik silih berganti.


Ahli-ahli politik keji adalah perlu kepada pihak-pihak gelojoh projek dan kepentingan mereka akan dijaga oleh ahli-ahli politik keji. Begitulah sepanjang merdeka. Semua senyuman, tindakan mesra rakyat adalah sekadar menutup hipokrasi mereka, dalam diam mencuri. Selagi rakyat hidup bermusuhan sesama, selagi itu mereka akan terus berkuasa. Perkauman. senjata paling utama mereka memecah belah rakyat Malaysia.  Realiti dalam kehidupan rakyat setiap kaum terkait dalam semua urusan. Tetapi kerana kegelojohan mereka, ketenteraman dan harmoni rakyat Malaysia wajib dicuit bagi mengekalkan kuasa.


Rakyat bodoh dan ego pula terus percaya. Dari mencari kelemahan sendiri dan bangun berubah menambah baik dan upgrade diri, masing-masing mencari alasan peluang dicuri oleh bangsa lain lalu menyimpan benci.


Tak kiralah di kampung atau dibandar jika selepas 64 tahun anda masih tidak mampu mengenali kemunafikan, kepura-puraan, penindasan, penipuan calon-calon yang parti anda senantiasa letak di tempat anda, terutama di kampung-kampung, anda bukan manusia berakal! Sekadar manusia yang enggan berfikir, yang hanya terima apa saja yang datang dan salahkan takdir dan berkata tiada daya dan upaya kerana tidak boleh melawan takdir. Anda yang pilih wakil jahat untuk berkuasa, Allah yang kamu salahkan?


Memang Rafizi Ramli mengesyorkan supaya PH berusaha lebih di kampung-kampung tetapi harus diingat PH tidak mempunyai dana besar untuk tabur dikampung-kampung. Tidak guna sebelah PH saja berusaha, sedangkan orang-orang kampung sendiri enggan berubah. Anak menantu kamu takkan tiada yang tinggal dibandar? Takkan tak dengar cerita mereka. Kamu sendiri jika seorang nelayan dan petani, apa yang telah kerajaan bantu selain subsidi untuk kamu upgrade diri?


Sebab itulah Anwar Ibrahim akan senantiasa dihalang bangsawan dan elit politik, kerana beliau in shaa Allah mempunyai idea dan perancangan mengangkat dan mengupgrade nasib penduduk desa. Formula beliau USA pun ambil dan tiru juga. Jika rakyat Malaysia enggan berubah dan dikampung-kampung masih mahu memastikan bendera dacing yang menang, maka tak guna ada pelan dan strategi terbaik dunia untuk meyakinkan mereka. Allah telah berjanji TIDAK akan mengubah nasib mana-mana hamba NYA yang degil dan enggan berubah. Nabi kita s.a.w. sendiri ummi dikalangan Quraish jahiliyah, apabila Baginda berfikir menggunakan akal cara kehidupan bangsa Baginda, Allah mengangkat darjat Baginda sehingga menjadi Rasul. Pengikut Baginda bukan dari kalangan bijak pandai dalam masyarakat waktu itu, tetapi oleh kerana sifat Nabi s.a.w. yang jujur senantiasa bercakap benar, mereka percaya.


Anehnya orang Melayu yang menipu mereka puluhan tahun, yang itulah mereka sanjung.  Rumahnya, keretanya, wangnya yang mereka sanjung! Dapat duduk dalam kumpulannya dapat rasa wap kekayaannya sudah rasa megah dan besar kepala! Pernah dengar orang selalu berkata, "saya kenal YB.... Saya orang dia. Tak da masalah, saya boleh jumpa dia, boleh itu boleh ini..." Atau, "kau jangan nak tunduk pandai, parti ini ada strartegi, bangsa kita kena pertahankan!"  Orang inilah penipu dan penindas bangsa! Jadi selagi tiada kesedaran untuk orang luar bandar bangun berubah kerana telah biasa hidup begitu sejak sebelum merdeka, adalah lebih baik PH tumpukan kawasan menang mereka dengan lebih baik SEHINGGA kawasan yang dimenangi BN menjadi cemburu dan ingin memilih selain dari lambang dacing. Ini saya perhatikan, kawasan PH pun sama sahaja, adalah lebih teruk dari BN.


PH setakat ini menang dengan isu nasional seperti rasuah dan penyalahagunaan kuasa di peringkat Persekutuan, dan orang bandar faham dan sedar jika berlarutan akan membawa kemusnahan kepada negara dalam masa jangka panjang. Namun perkara ini tidak sampai ke pendalaman. Mereka tidak tahu, kalau tahu pun mereka tidak peduli, kerana puluhan tahun itulah cara hidup mereka. Bangun pagi, buka tingkap dapur  ada sarapan, buka pintu depan ada makanan tengahari, buka tingkap kiri ada minuman petang, buka tingkap kanan ada makan malam. Setakat nak makan seharian, mereka cukup, tak seperti orang bandar yang buka sahaja pintu dan tingkap terpaksa keluar wang untuk dapatkan makanan PUN tidak mampu PH selesaikan sewaktu memerintah dulu! Saya selalu berkata, rakyat Malaysia baik, pemaaf. Sesebuah kerajaan dapat mengawal harga makanan, siapa duduk situ akan disayang oleh seluruh rakyat Malaysia. Kemudian pengangkutan awam kamu upgrade dan senangkan pergerakan, pasti kamu akan dipuji oleh rakyat Malaysia. Ini settle dulu. Tapi puluhan tahun BN tak buat apa, menyusahkan adalah. Pengangkutan mahal, perkhidmatan bas dari saya kecil sampai tua macam tu saja. Bila PH baru perintah disabotaj Atok spesis BN. Jadi bila rakyat dapat rasa perubahan? Menteri PH semua pandai-pandai belaka tapi cepat melatah, bagi bola tanggung kepada cybertrooper je pun! Ok la alasan kali pertama jadi menteri. Ok beri lagi alasan PM recycle. Tapi komen cybertrooper kau baca, komen penyokong kau, kau tolak tepi? So dah belajar kan? Bagus!


Saranan Rafizi memang seperti biasa bernas tapi beliau juga akui PH tidak cukup tenaga paling utama tiada dana. Sebab itu BN mesti pegang kerajaan di situlah dana pilihanraya mereka untuk tabur kepada pengundi mereka setiap 5 tahun. Dengan keadaan rakyat terhimpit sekarang jika mereka beri seorang RM500 sudah boleh tambah undi mereka yang PH harap untuk gandakan di PRU15. Dengan BN jangan lawan wang dan hadiah untuk pengundi, kualiti bendera yang dipasang semasa PRU yang akan berakhir dalam tong sampah pun mereka lebih ke depan dari kita.


Penyokong mereka dari kalangan professional yang menjadi 'disgust to profession' menjadi contoh kepada pengundi untuk memberi undi kepada mereka. Artis-artis tiada kualiti dari segi pemikiran tetapi popular akan menarik pengundi muda. Kerana apa? Kerana strategi PH gagal memberi awareness atau kesedaran kepada rakyat untuk berubah. Kau cerita rasuah Najib? Najib masuk kampung pipi Najib dapat dicubit Makcik sudah dapat raih undi la...


Makcik akan tanya kau baik ka? Kau pun ahli politik juga, belum dapat cerita rasuah, sudah dapat kau pun sama! Itukan tagline popular pengundi Malaysia? Bukan semua orang Malaysia mahu guna akal, dan yang berakal bukan semua guna untuk kebaikkan sejagat. Tak nampak ada profesor demi pangkat dan jawatan dalam masa 3 hari boleh berubah kenyataan? Jika orang pandai macam tu boleh manipulasi keadaan, macam mana level rakyat yang HANYA ingin keluar dari kesusahan? Tatkala poket kering, ada perasuah hulur wang, kamu datang dengan air liur, tangan siapa mereka sambut?


Rumusannya rakyat dan ahli politik bersih dari PH MESTI berganding bahu dan sedar kesusahan jika ditangani dengan cara betul akan menguntungkan, berbanding solusi sementara yang akan merugikan dalam jangka masa panjang berulang-ulang berterusan.


Jangan tanya saya bagaimana, kerana saya berfikir dan saya memang lalui kesusahan puluhan tahun bersama idealisma yang saya dokong. Kalah berpuluh kali, diejek, disindir kawan-kawan, saudara mara, walau bukan dengan kata-kata kerana mereka tidak berani bergaduh dengan saya. Saya pula bukan jenis nak paksa orang ikut atau kempen ubah. Tapi saya ada cara tersendiri apabila berhujah sekadar menyedarkan mereka. Apabila mereka diam tanda mereka faham, tapi kerana agenda sendiri mereka tetap memilih BN dari PH. Kecuali BN tak reject tender atau kontrak. Mereka sokong BN kerana keuntungan peribadi saja BUKAN kerana sayang negara! Jika sayang pun sebab mereka benci bangsa lain.


Tugas utama PH melahirkan sayang pada negara. Negara selamat, semua bangsa dalamnya selamat. Apabila setiap bangsa hanya jaga bangsanya, siapa akan jaga Malaysia? Bangsawan dan ahli politik keji lah jawapnya! Jadi dimana solusi dan kesudahannya? Inilah yang kita hadap sehingga hari ini! Sama sahaja strategi, tabur wang dan hadiah membeli undi 5 tahun sekali. Cuma wang BN lebih la, sebab hasil rompakan mereka besar da... Kita pula di pondok panas perlu pula letak tabung untuk rakyat bantu. Dulu boleh la sekarang nak bagi peminta sedekah pun rakyat dah jatuh level tu!


Fikirlah PH, kalau tak reti korang p bawa lah Rafizi tu balik. Aku sendiri dah menyampah. Siapa pun calon tak kiralah dari BN atau PH, kau bawa bendera putih apabila mau undi aku. Ada faham?