PELAN KERAJAAN PULIHKAN EKONOMI PANDEMIK


May be an image of 17 people


NORMAN RADZUAN


Anak2 kita perlu pekerjaan dari warga asing

SIAPA KATA MAHASISWA/SISWI PILIH KERJA?

Ketika era Pandemik Covid19 ramai warga tempatan diberhentikan kerja atau tiada peluang pekerjaan.Byk syarikat2 besar dan kecil tutup. Jadi inilah masanya kerajaan bertindak agresif dgn formula mudah bagi membuka peluang pekerjaan utk warga tempatan ketika era pandemik ini.

Di KL dan Selangor sektor perhotelan, perkilangan, buruh kasar malah sehingga kedai serbaneka ( Seven 7/ KK) dan makanan segera seperti Mc Donald,KFC dan lain2 dikuasai oleh warga asing. Ia satu perkembangan yg tidak sihat. Ini kerana kita bukan kekurangan warga kerja tetapi kekurangan peluang pekerjaan.

Jika termasuk sektor pelandangan di luar bandar kesemua sektor tersebut dipenuhi hampir 2 juta pekerja warga asing. Kecuali pekerja buruh kasar di sektor pembinaan dan pelandangan masih boleh dikekalkan kerana kedua bidang ini kurang diminati oleh warga tempatan tetapi sektor lain boleh diisi warga tempatan.

Siapa kata mahasiswa dan mahasiswi kita memilih kerja? Saya sendiri sejak 2014 telah memberikan peluang kpd lebih 600 pelajar2 IPT dari pelbagai IPTA bekerja. Malah jika kita melihat di Mall di seluruh negara di era 80/90an hanya mereka yg lulusan SRP atau SPM yg bekerja di situ kini ia dipenuhi oleh graduan Univesiti. Malah di restoran biasa juga dipenuhi warga graduan.

Saya masih ingat di era remaja saya....hotel, Mc Donald, KFC, A&W dan Seven Eleven adalah tumpuan utk lepasan SPM atau pelajar IPTA bekerja secara part time di situ. Kini di KL 80% ia dikuasai oleh warga asing. Ia sgt mendukacitakan.

Selain anak tempatan tiada sumber pendapatan, aliran wang kita mengalir keluar negara. Masalah sosial juga semakin kritikal. Lihat sahaja warga asing yg bekerja di Petaling Street, Kota Raya dan Lok Yat mereka ada yg berlagak samseng kpd warga tempatan.

Pengambilan tenaga buruh asing utk masuk ke dlm negara perlulah dipelan semula secara sistematik khususnya dlm tiga aspek utama iaitu ekonomi, politik dan sosial. Apatah lagi era pandemik ini.

Saya akui sebagai org berniaga mengambil pekerja asing kurang pening kepala. Berbanding warga tempatan yg kurang disiplin dan sering berpindah kerja. Selain itu upah tenaga kerja yg murah kpd mereka. Tetapi bagi saya utk tempoh 5 tahun ini sementara ekonomi kembali pulih anak2 tempatan pasti akn berubah sikap. Fitrah manusia bila terdesak mereka akn berubah.

Penggunaan pekerja warga asing hanya memudahkan dan mengkayakan tauke2 besar berniaga. Sepatutnya kerajaan dan majikan (tauke besar) mesti ada tanggungjawab sosial kpd masyarakat tempatan.

Sepatutnya di sektor perkilangan diwajibkan kuota 60% pekerja di sektor itu adalah warga tempatan. Istilah minah kilang di era 80an dan awal 90an itu sudah tidak popular. Istilah itu cuba menggambarkan wanita yg tidak berkelulusan tinggi bukan lagi ukuran kerana ramai graduan kita sanggup bekerja di sektor tersebut.

Isu kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia, masyarakat tempatan mulai sedar akn tanggungjawab dan hak mereka. Peluang pekerjaan selama ini yg terbuka di hadapan mereka hanya dipandang remeh akibat terlalu memilih pekerjaan.

Oleh itu apa yang diperlukan ialah perubahan minda pekerja tempatan. Dlm menghadapi kos sara hidup yg semakin meningkat dan peluang pekerjaan yg semakin terbatas. Sayang prasarana seperti LRT, Monorel, bas percuma di KL digunakan warga asing sdgkan tujuannya utk kemudahan dan keselesaan org2 kita.

Tidak dinafikan bahawa kebanyakan masyarakat kita agak memilih pekerjaan terutamanya dari segi kerja2 3-D (Dirty,Dangerous and Demanding).Oleh kerana itu kerajaan hanya perlu isi pekerjaan tersebut dgn warga asing. Setakat bekerja di Mall, , kedai minyak, hotel, kilang, Mc D, KFC, Starbuck, Seven E ia mampu dilakukan diisi oleh anak2 tempatan.

Ia perlu tindakan segera dan tegas kerajaan. Menjelang 2023 pastikan kuota sektor disebutkan tadi dipenuhi 70% warga tempatan. Ini kerana ekonomi negara akibat pandemik ini memakan masa 6-10 tahun utk pulih sepenuhnya. Anak2 dan cucu2 kita perlukan pekerjaan tersebut apatah ibu bapa mereka sendiri sudah hilang sumber pendapatan.

Akhir kata dan sebelum terlupa... dlm perkhidmatan pengawal keselamatan saya setuju ia dipenuhi oleh warga Nepal dan Bangladesh. Ini kerana mereka lebih disiplin, kemas dan bertanggunjawab. Berbanding pengawal keselamatan tempatan kebanyakkan warga pencen, tidur waktu bertugas, pakain tidak kemas, melepak dgn kawan2 dan sebagainya.