TIADA KERAJAAN PERPADUAN KERANA PH TIDAK BOLEH DISATUKAN DENGAN KERAJAAN TEBUK ATAP

 

PM panggil Anwar, Guan Eng dan Mat Sabu hanya untuk bincang soal pandemik Covid, tak lebih dari itu. Ada yg kata Pak Mail nak tawarkan Anwar jawatan TPM untuk tarik PH bagi memperkuatkan kerajaan Pak Mail.

Kelakar. Sewaktu kerajaan PH jadi kerajaan dulu pun Anwar tak mahu jawatan TPM, bahkan selepas langkah Sheraton dulu Mahathir offer Anwar jawatan TPM untuk 6 bulan saja sebelum Mahathir serah jawatan PM kepada Anwar, itu pun Anwar tolak.

Sebab, jawatan bukan segala2nya buat Anwar. Dia mahu lakukan lebih dari itu untuk kepentingan rakyat dan negara. Kalau dia tak mahu menjadi TPM di bawah Mahathir yang dia tidak yakin Mahathir boleh lakukan reform kepada negara ini, apakah kita fikir Anwar yakin dengan Pak Mail? Sudah tentu tidak. Mengharapkan Umno untuk lakukan reform sama seperti mengharapkan parti lebai menolak jawatan menteri. Mustahil.

Oleh itu, Anwar hanya boleh pertimbangkan untuk bantu Pak Mail di dalam menangani masalah Covid. Itu pun kerana titah Agong yang menyeru agar ada kerjasama memperbaiki keadaan yang huru hara sekarang. Reform yang didambakan oleh rakyat negara ini hanya boleh kita nikmati sekiranya Anwar menjadi PM. Itu saja.

Sehubungan itu, semua jentera parti di dalam PH mesti diperkuatkan mulai sekarang bagi menghadapi PRU15 sekiranya kita mahu lihat apa itu 'reform' yang selalu kita laungkan sejak tahun 1998. Kalau parti sendiri tidak kukuh, jentera tiada di banyak tempat, masih bergantung dengan jentera parti rakan, janganlah gatal mulut asyik bercakap mahu tukar Pengerusi PH. Cermin diri kita dulu, adakah kita sudah cukup kuat?

WFAUZDIN NS

 

No comments: