Ismail dan Azmin berbalas gambar....
Perjumpaan yg mempunyai makna tersendiri
NO ANWAR NO DAP RETORIK POLITIK...
Jika semalam Azmin dgn bangga menunjukkan foto bersama 12 org
geng kartelnya sebagai 'amaran' kpd Ismail... hari ini Ismail membalas foto
tersebut dengan bergambar bersama DS Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan LGE. Mana
hebat
angka 89 atau 12? 'Kau gertak aku, aku gertak kau balik'. Inilah
seni politik namanya.
Secara peribadi saya bersetuju jika Ismail mahu kerjasama dgn
pembangkang bukan sahaja soal fungsi parlimen, kebebasan kehakiman dan syarat2
lain tetapi ada dua perkara yg lebih penting.
Pertama peruntukkan ahli Parlimen pembangkang mestilah diberi
sama rata sepertimana ahli Parlimen kerajaan dan tiada diskriminasi kpd negeri2
pembangkang. Kedua Ismail mesti berani menolak perlantikkan geng kartel dan
kluster mahkamah ke jawatan TPM.
Jika berlaku sebarang ugutan kita dari PH boleh bekerjasama dgn
Ismail agar kerajaan ini terus fokus kpd menyelesaikan kes Covid19. Melantik
Azmin atau kluster mahkamah sebagai TPM, Ismail dilihat sebagai PM 'puppet' kpd
pemimpin2 parti dan individu2 tertentu. Terpulang kpd Ismail.
Hati kecil saya dpt merasakan Ismail tidak mahu Azmin menjadi
TPM kerana ia akn menjadi beban kpd kerajaan yg baru ini. Ismail tahu Azmin
dari segi moral dan kebencian majoriti rakyat Malaysia dpt dirasainya.
Malah Ismail masih terasa bagaimana dia seolah dikambing
hitamkan dlm kes pengurusan Covid19. Ismail tutup pintu depan Azmin buka pintu
belakang. Azmin bila lihat foto Ismail bersama Anwar... jika Ismail letak Azmin
di Kementerian Rina Harun pun dia terpaksa setuju.
Kpd umat Melayu yg cetek pemikiran politik (termakan dgn hasutan
org politik)... skg boleh nampak permainan politik itu bagaimana? Mereka yg
melaungkan 'No Anwar No Dap' tapi mereka jugalah mahu menjalinkan kerjasama di
antara kedua belah pihak.