Kitab rujukan tuduhan DSAI liberal - Mengajar walaun cara membaca secara kritikal (siri 2)

 


(Baca siri 1 di sini: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5200842719928049&id=100000071166710 )

Bersama ini saya bawakan sekali lagi gambar satu muka surat buku rujukan agung yang menjadi rujukan Ustaz Mohd Saiba Yaacob dalam kepercayaan utuhnya bahawa Anwar Ibrahim seorang yang berfahaman liberal dan plural, lantas tidak boleh disokong sebagai pemimpin negara. Saya tidak pasti apa tajuk buku tersebut dan siapa penulisnya kerana ia tidak didedahkan oleh Ustaz Mohd Saiba walaupun sudah ramai orang bertanya.

Penulis buku yang dipegang erat oleh Ustaz Mohd Saiba itu mengatakan Anwar menulis di blognya: "Lebih dua dekad lalu saya cuba hayati semangat sapere aude...", lantas penulis terus menerangkan terma Sapere Aude itu asalnya bahasa Latin yang bermaksud "beranilah menggunakan aqal dan kefahaman sendiri". Tiada langsung rujukan diberikan penulis itu, walaupun dia cuba mendampakkan dirinya persis seorang sarjana ulung dengan menyebut beberapa nama ahli falsafah barat dan timur.

Sebenarnya terma 'sapere aude' bukan bermakna "beranilah menggunakan aqal dan kefahaman sendiri", tetapi ia bermakna "dare to know" menurut kamus Merriam-Webster. Boleh rujuk: https://www.merriam-webster.com/dictionary/sapere%20aude .

Jadi apa masalah dengan sikap "dare to know" atau "berani untuk mengetahui"? Kenapa ia dikaitkan dengan ideologi liberalisme atau pluralisme? I assume the author has been facing an acute or severe mental disorder! Absolutely rubbish!

Malang sungguh, kerana kebencian terhadap satu sosok bernama Anwar Ibrahim, seorang ustaz bernama Mohd Saiba menjadikannya imam ikutan dalam membuat tuduhan melulu. Dan ramai lagi di sana asatizah yang kononnya 'sayang dan hendak mempertahankan Islam daripada ancaman faham liberal Anwar Ibrahim' percaya kepada omongan gila penulis begitu.

Untuk membenarkan prasangka karutnya terhadap Anwar, penulis terus menukilkan kata-kata Kant tentang maksud terma 'sapare aude' sebagai: "..berupaya atau pun dapat meletakkan diri dalam satu kedudukan untuk menggunakan kefahaman sendiri dengan yakin dalam hal ehwal agama tanpa panduan orang lain".

Sangat ironi, terjemahan faham falsafah barat oleh Kant tiba-tiba dinisbahkan kepada Anwar Ibrahim tanpa sedikit pun rujukan kepada yang tertuduh selain tulisannya dalam blog mengatakan diri telah dua dekad cuba menghayati semangat 'sapare aude'. Perlu ditegaskan, semangat 'sapare aude' adalah semangat berani untuk mengetahui, bukan berani melanggar agama dengan mengguankan kefahaman sendiri seperti fahaman Kant. Sementelah tiada bukti langsung Anwar menjunjung falsafah Kant.

Cubaan seterusnya untuk menikam Anwar dengan tuduhan liberal, penulis berpenyakit mental itu menyalin kata-kata Khalid Jaafar dalam pengantarnya kepada buku Kant (tajuk asal dalam bahasa Jerman) Was ist Aufklarung? (Apa itu Pencerahan?): "...membebaskan tenaga pikiran manusia...; penggunaan akal sebagai alat menyoal siasat sistem politik... dan juga amalan beragama" (frasa akhir ditebalkan penulis).

Tidak sekonyong-konyong selepas itu penulis melompat kepada satu kesimpulan: "Inilah premis pemikiran Anwar Ibrahim dan IKD iaitu berani membebaskan aqal dari otoriti agama Islam dan menggunakannya dengan kefahaman sendiri"!

Waduh, apa jenis kegilaan dihadapi penulis?! Luar biasa sungguh. Seolah-oleh beliau cuba menyogok, kata-kata Kant, itulah kepercayaan Anwar. Kata-kata Khalid Jaafar, itulah pegangan Anwar.

Sungguh kasihan, pembaca yang naif kerana kebencian berlebihan kepada insan muslim bernama Anwar Ibrahim telah mempercayai seorang penulis gila atau mental disorder, sehingga membuat tanda 'tick' dan menggariskan kesimpulan dangkal penulis.

******************

....bersambung...

 

No comments: