Kepada segelintir makhluk haprak di dalam Pakatan Harapan
1. Kamu kelihatan kuat kerana kamu berada di dalam Pakatan Harapan.
2. PH kuat kerana tunjang kepimpinannya yang kuat dan sokongan ahli/anggota dan penyokong yang padu dan jitu.
4. Kekuatan kepimpinan PH ditunjangi oleh Anwar Ibrahim, dibantu kuat oleh Lim Guan Eng dan Mat Sabu.
3. Jika kamu masih mempertikai kepimpinan PH yang ada, maka kamu wajib menguji kekuatan diri kamu sendiri.
4. Jika kamu mahu menguji kekuatan sebenar kamu secara individu sila berada di luar PH. Bertanding selaku calon bebas atau kamu sertai parti di luar PH.
5. Mutakhir ini kami dengar ada desas desus suara sumbang mempertikai kepimpinan Anwar Ibrahim dan cadangan menukar beliau dengan pemimpin lain. Namun tidak pula dicadangkan sebarang nama lain untuk menggantikan beliau.
6. Kami ahli/anggota biasa ini tidak melihat sebarang keperluan untuk menukar Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH. Kerana kualiti kepimpinan Anwar Ibrahim hingga sekarang tiada siapa boleh atasi.
7. Kami cabar golongan haprak ini menamakan siapa yang lebih kredibilitinya berbanding Anwar Ibrahim untuk menjadi Pengerusi PH berserta dengan justifikasi.
8. Jika nama dan tubuh badan yang dicadangkan kualiti kredibilitinya tidak melebihi Anwar Ibrahim maka sah kamu memang haprak. Apabila sah kamu haprak maka PH bukan lagi platform politik yang sesuai buat kamu.
Sekian.
Aki Rock