Mat Sabu ajak Muhyiddin dan lain-lain kepada PH

 Terkini! Mat Sabu ajak Muhyiddin dan lain-lain kepada kepada PH


Sah! Perdana Menteri sudah melepaskan jawatan. Di hadapan kita hari ini sudah lebih daripada 1.3 juta orang dijangkiti COVID 19 dan lebih 12 ribu kematian dicatatkan. Jumlah ini juga meningkat dari hari ke hari dengan beberapa negeri dilihat kembali merekodkan kes yang tinggi.

Oleh itu, keutamaan kepada kita semua ketika ini untuk bekerjasama memulihkan kembali kesihatan dan ekonomi negara yang sangat parah. Demokrasi perlu kembali dipulihkan agar pendangan semua pihak diambil kira samada dikalangan ahli ahli parlimen kerajaan mahupun pembangkang serta pihak-pihak yang lain. Proses semak dan imbang melalui institusi parlimen mesti dihidupkan agar kerajaan baru yang didirikan sentiasa melaksanakan tanggungjawab sebaik-baiknya.

Justeru, saya menyeru kepada semua rakan-rakan ahli parlimen yang menang di atas tiket Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam pilihanraya yang lalu, kembali bersatu dibawah payung Pakatan Harapan agar mandat yang diberikan oleh oleh rakyat dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Apa yang telah berlaku sebelum ini biarkan ia berlalu dan kita cipta sejarah untuk bina semula negara tercinta ini. Di dalam menghadapi situasi getir seperti ini, jiwa besar amat diperlukan kerana tidak ada yang benar-benar diharapkan oleh rakyat melainkan kesihatan dan ekonomi rakyat kembali pulih




No comments: