rwan Muhammad Zain
KUALA
LUMPUR: Setelah Tan Sri Muhyiddin
Yassin meletak jawatan Perdana Menteri, siapa yang akan mengisi jawatan
tersebut dan membentuk kerajaan terus menjadi tanda tanya.
Antara
nama yang disebut-sebut, Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd
Shafie Apdal, calon alternatif dari gabungan pembangkang selain Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Difahamkan
satu persetujuan telah dicapai untuk gabungan pembangkang bergerak dengan
sokongan 105 Ahli Parlimen dan berusaha mendapat sokongan bagi membentuk
kerajaan.
"Anwar
dan Shafie perlu berusaha memastikan siapa yang lebih dahulu dapat majoriti
mudah, dia yang akan jadi Perdana Menteri," kata sumber tersebut.
Namun,
satu sumber lain memaklumkan, cadangan tersebut tidak dipersetujui Anwar dan
ketua pembangkang itu tetap dengan pendirian hanya beliau untuk jawatan perdana
menteri.
"Anwar
tidak setuju dengan formula tersebut dan menganggap ia usaha untuk memecah
belah pembangkang oleh individu tertentu," kata satu sumber lain.
Selain,
Anwar dan Shafie, nama Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetap
disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri dari Perikatan Nasional.
Biarpun
usaha Ismail Sabri mengumpul sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD) pada
Ahad menemui jalan buntu, namun beliau mungkin kembali berpeluang selepas
ahli-ahli parlimen UMNO menyedari jika sokongan tidak diberikan, parti itu akan
kembali menjadi pembangkang, tambah sumber itu lagi.