Hentilah peralatkan Mahiaddin, biarlah beliau rehat BAHAGIAN 2
ULASAN
Jangan kerana kita hendak mempertahan dan menjaga kepentingan
kita, kita menyusahkan dirinya. Fahamilah penderitaan, maruah dan perasaan
Mahiaddin dan keluarganya. Biarlah perdana menteri ke-8 itu berihat dan hidup
secara alami dengan keluarganya. Cukuplah, selama 18 bulan lalu kita menyeksanya.
Usaha diteruskan.
Saya difahamkan sejak semalam berbagai pihak berusaha dan
memujuk Mahiaddin agar tidak meletak jawatan. Baik daripada dalam partinya,
para menteri kabinet daripada Umno, Pas, McA, MiC dan lain-lain. Semua
berusaha, dan pertemuan serta perbincangan secara maya atau fizikal dijalankan
untuk memastikan Mahiaddin tidak berundur. Usaha itu dilakukan dan berlaku
hingga ke hari ini dan dipercaya awal pagi esok.
Pagi ini pun dilaporkan ahli parlimen Bersatu mengadakan
pertemuan. Sudah tentu pertemuan dan mesyuarat itu membincangkan berhubung
dengan cadangan peletakan jawatan Mahiaddin atau pun alternatif lain. Dalam
pertemuan yang sedang berlangsung sekarang, mesti ada cadangan dan juga alasan
diberikan supaya Mahiaddin tidak berundur. Mereka juga memberi jaminan-jaminan
di luar kotak untuk kelangsungan kekuasaanya.
Dalam pada itu berbagai rumours berhubung hal
itu. Ada berbagai cadangan katanya dikemukakan termasuk yang tidak terfikir.
Sekiranya Mahiaddin sudah nekad dengan keputusan itu, ada cadangan agar semasa
menghadap Yang di-Pertuan Agong Mahiaddin mencadangkan nama Ismail
Sabri Yaakob sebagai perdana menteri. Walaupun perbuatan itu songsang
dan melanggar perlembagaan, tetapi itu cadangan alternatif untuk mengelakkan
perdana menteri jatuh kepada pembangkang (PH).
Selain itu ada juga cadangan agar Dr Mahathir diangkat sebagai
perdana menteri semula. Semua itu merupakan cadangan tidak masuk book,
tetapi dilontarkan kerana motif tertentu dan khianat. Yang penting para parasit
yang selama ini menghisap darah mentah Mahiaddin terus boleh survive.
Kenapakah dalam kemelut dan keributan itu tidak difikirkan sesuatu
yang boleh menjernihkan suasana. Misalnya Mahiaddin boleh lakukan tindakan
terpuji semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong nanti tidak membuka mulut
membuat apa-apa cadangan yang boleh menyebabkan beliau dilihat berpihak dan
tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.
Kita ada Perlembagaan, ada peraturan turut dan ikutlah
Perlemnbagaan. Dan jikalau Mahiaddin gentleman, ada integriti, ada sisa
ketulusan mengapa tidak kalau beliau mengembalikan secara simbolik kerajaan PH
yang hilang dahulu dengan menerima blok terbanyak waktu ini (PH dengan suara
92) untuk membentuk kerajaan baru. Kenapa tidak ada yang menasihat penyelesaian
sebegitu?
Sekali lagi kepada parasit baik dalam Bersatu, dalam Umno atau
diluar sana, berupa NGO yang selama ini menjadi pengadu domba yang menunggang
agama dan bangsa, yang bertindak sebagai propagadis, berhentilah ganggu
Mahiaddin. Kalau anda ingin hidup usahalah sendiri jangan terus-terusan
menumpang atas usaha dan pengaruh orang lain.
Mahiaddin akan dilihat jujur dan mulia kalau beliau sedia
menerima PH dengan memberi sokongan kepadanya membentuk kerajaan. Kalau kita
tergamak dan sanggup menawar dan mengajak mereka untuk bersama kita, kenapa
tidak untuk menyambut mereka (PH) sebagai tebusan atas perbuatan sebelum ini.
Hidup kalau pun tidak mahu berbuat pahala ingatlah akan
kebenaran dosa. [wm.kl.11: 40 am 15/08/21]