MEREKA YANG SIBUK PASAL POLITIK, ANWAR TERUS BERCAKAP SOAL RAKYAT


May be an image of 2 people, people standing and indoor

Tahukah anda berapa banyak 'persinggahan' kumpulan puak2 yang mahu mengekalkan kuasa itu setakat ini?

Setakat yang saya ingat, mereka pernah berkumpul samada siang atau malam di beberapa tempat hanya untuk berbincang bagaimana untuk terus kekal berkuasa dalam keadaan tiada majoriti. Tempat2nya adalah di;

1. Publika

2. Wisma perwira (premis tentera)

3. Bkt Damansara (rumah muhyidin)

4. Bangunan Perdana Putra

5. Hotel Sri Pacifik

6. Hotel Royal Chulan

Itu tempat yang saya ingat. Mungkin lebih. Kerja mereka bukan untuk bincang masalah Covid, tetapi bagaimana mahu terus berkuasa dan bagaimana mahu tawar habuan untuk kekal berkuasa.

Anwar pula yang dituduh gila kuasa. Tapi kita lihat Anwar tenang, bahkan seperti biasa lakukan tugas sebagai MP Port Dickson dan turun ke akar umbi. Setiap hari dia live, dia tidak pernah lupa bercakap soal Covid dan permasalahan rakyat.

Ditawarkan dengan habuan yang menarik, sebagai Ketua Pembangkang bertaraf menteri, dia menolaknya dengan tegas kerana bagi beliau menawarkan dia dengan habuan lumayan seperti itu tidak boleh menyelesaikan masalah rakyat.

Kita lihat sendiri bagaimana tertekannya puak2 yang khianat dan bagaimana tenangnya orang yang dikhianati. Itulah kelebihan kita yang berada di pihak yang benar. Allah pelihara kita dari tekanan dan tidak tenteram. Siapa yang tidak tidur malam sekarang?

WFAUZDIN NS