Khairy sahkan seluruh kabinet letak jawatan, bukan Mahiaddin sahaja

 


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaludin mengesahkan Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional secara keseluruhannya meletakkan jawatan bukan perdana menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sahaja.

Menerusi Instagramnya pagi ini, Khairy memuat naik status “Kabinet telah menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Yang Dipertuan Agong.

“Terima kasih kepada peluang yang diberikan, sekali lagi, kepada negara. Semoga Tuhan memberkati Malaysia,” kata Khairy dalam kenyataan itu.

Khairy adalah antara menteri kerajaan Perikatan Nasional yang dianggap berjaya dalam menjalankan tugasnya dalam mengedarkan vaksin untuk rakyat negara ini.


No comments: