BYE BYE AZMIN....BYE BYE ZURAIDA.....SAMPAH AKAN AKHIRNYA TERBUANG JUGA...

 


Selepas Muhyiddin jatuh, apa pula langkah Azmin dan Zuraida?

August 16, 2021 

Susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri, tumpuan kini turut beralih kepada nasib bekas pemimpin PKR, khususnya Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin yang membantu mengatur “Langkah Sheraton” selain terbabit dalam pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Di Facebook mereka, Azmin dan Zuraida tidak mengupas kejatuhan kerajaan PN yang hanya bertahan 17 bulan, sebaliknya menyanjung rekod Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Azmin selaku menteri kanan yang memimpin Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) juga menegaskan ekonomi negara semakin pulih, walaupun rakyat menderita.

“Walaupun ekonomi pulih, banyak yang menderita selama wabak kejam ini menyerang dunia. Saya mohon maaf atas segala kekurangan saya. Ia adalah penghormatan kepada saya untuk berkhidmat kepada anda semua,” katanya dalam ciapan Twitter.

Sementara itu, Zuraida selaku menteri perumahan dan kerajaan tempatan dalam mesej ringkas, berterima kasih kepada Muhyiddin kerana memberi peluang kepadanya untuk bersama berkhidmat dalam Kabinet.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Muhyiddin Yassin atas jasa dan khidmat bakti menerajui negara selama hampir 2 tahun. Kini, Tan Sri akan menerajui negara sebagai ‘caretaker’ PM pula bermula hari ini,” katanya di Facebook.

“Namun, Tan Sri tetap cekal dan komited mendukung negara dalam mendepani ujian mencabar ini. Moga keadaan bertambah baik untuk rakyat kita. Moga Tuhan lindungi Malaysia,” katanya. “Tan Sri” merujuk kepada gelaran kehormat Muhyiddin.

Azmin dan Zuraida antara kumpulan Ahli Parlimen PKR yang keluar parti itu dan menyertai Bersatu pimpinan Muhyiddin. Tindakan mereka menyumbang kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan mencetuskan krisis dalaman PKR.

Ketika era pentadbiran PH selama 22 bulan, Azmin dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi manakala Zuraida menjaga KPKT.