KESAN BERANTAI

 



Mohd mukhlis


Ini realiti peniaga kecil. Dari awal PN ambil alih kerajaan, saya sebut ada 3 ujian yang melanda negara, kesihatan, kepimpinan dan ekonomi. Bila ekonomi tak cantik, syarikat dan kilang akan buang pekerja. Lepas tu yang tak ada kerja tadi akan cuba buat gig ekonomi atau pun berniaga kecil kecilan.


Ingat, masalah ekonomi ini berantai. Contoh kalau tukaran wang asing kita teruk, harga barang yang di import akan jadi mahal. Jadi susu contohnya di import dari luar negara. Kalau anda nak tahu kos shipping kontena pun meningkat (itu subjek lain untuk hari yang berbeza), jadi nak tak nak harga susu misalnya terpaksa naik even dari pengedar sendiri.


Yang buka gerai pula terpaksa ambil barang dengan harga yang inflated, lepas itu dia pula terpaksa naikkan harga end product untuk elak kerugian. Inilah secara ringkasnya inflasi. Kalau last week nasi ayam RM5, this week rm5.5 dan gaji anda masih sama, anda sudah alami inflasi. That's simple economic 101. 


Ada cara untuk tak naik harga tapi dia kena banyakkan volume barang yang di jual. Benda akan jadi masalah kalau product yang dia jual itu kategori exotic, bukan minuman ruji harian. Contoh mudah air soya vs jus mangga susu. Air soya mungkin boleh RM2 satu cawan, tapi kalau mangga susu, maybe double the price sebab bahan-bahan yang di perlukan


Cumanya yang jadi masalah bila magga susu tadi naik harga, pelanggan mungkin akan rasa terkesan dan kurangkan kekerapan membeli. Saya tak salahkan peniaga naikkan harga sebab dia sendiri pun kena fikir macam mana hendak survive. Yang salah sekarang ini adalah mereka yang ada kuasa tapi tak tahu macam mana hendak balance antara lockdown demi nyawa dan kegiatan ekonomi yang juga demi nyawa. Dia ibarat di telan mati anak, di luah mati bapa. 


Tambahan pula banyak gerai tepi jalan naik, menambahkan lagi persaingan. Sudahlah susah, kena bersaing pula. Lepas itu kita fikir, untuk minuman yang eksotik ini, memerlukan pelanggan yang dalam golongan T20 atau M40 untuk terus hidup. Tapi laporan terkini sebut ramai yang dah turun kelas, dari M40 sudah jadi B60. Kalau macam ini siapa dan golongan mana ada kuasa hendak membeli?


Paling saya takut ada hyper inflasi, macam mana kena dekat Venuzuela. Di sama hyper inflasi membuatkan harga barang dan servis naik sebanyak 50% sebulan. Tapi apa kerajaan dia buat adalah dengan terus cetak lagi banyak duit. Jadinya nilai duit mereka jatuh, walaupun angka pada notes itu bertambah. Thank God Wan jargon at Tabbayun jatuh, kalau tak kita mesti dah start suruh bank negara print duit extra.

No comments: