HANCUR


Mahathir jadi PM (PH) - 22 bulan - Khianati PH.

Muhyidin (Bersatu) - 18 bulan - Dikhianati Umno

Ismail Sabri (Umno) - ?

Apakah kerajaan seperti ini yang mahu kita banggakan? Jangan salahkan rakyat jika kerajaan gagal kerana rakyat telah buat keputusan pada PRU14 yang lalu, tetapi hak mereka telah dirobek dgn rakus oleh pemain2 politik bangsat.

Rakyat terus bersabar agar hak mereka dikembalikan setelah kerajaan tebuk atap PN itu gagal. Malangnya, hak rakyat terus dinafikan. Hak rakyat berupa mandat mereka terus dijadikan mainan sesama pemain2 politik yang bangsat ini. Mereka mengagihkan jawatan sesama mereka, bila tidak puas hati, mereka terajang sesama mereka.

Rakyat hanya melihat dan terus melihat. Siapa lagi yang rakyat harus mengadu? Hanya Allah tempat kami mengadu. Alhamdulillah, nasib kami masih ada Anwar Ibrahim. Beliau tidak pernah putus asa untuk membela kami agar mendapatkan kembali hak kami. Beliau tidak peduli tewas atau menang, lawan tetap lawan!!

WFAUZDIN NS