KEMUNCAK KEBEJATAN ELIT POLITIK BANGSA INI.



1.GERAK melihat keputusan 114 ahli parlimen mencalonkan seorang TPM yang gagal menggantikan  PM yang gagal adalah manifestasi nyata kebobrokan dan kebejatan elit politik negara ini. 


2.PM baru yang dimuktamadkan semalam merupakan TPM kepada PM yang mentadbir sebuah kerajaan yang gagal.Malah beliau adalah Menteri yang bertanggungawab menyebabkan lonjakan semula kes Covid19 dinegara ini dengan membuat keputusan salah melepaskan mereka yang pulang dari kempen PRN Sabah daripada kuarantin. 


3.Hanya orang gila dan tidak waras akan mencalonkan seorang yang nyata melakukan keputusan salah besar yang membabitkan nyawa rakyat menjadi PM. 


4.*Kegilaan dan ketidakwarasan elit politik adalah norma baru di negara ini dan semalam adalah kemuncak pameran kebejatan dan kebobrokan 114 mereka!*


5.DYMM Agong dan Majlis Raja2 *TIDAK* boleh disabitkan dengan kebejatan ini kerana baginda tertakluk kepada peruntukan perlembagaan dan undang2 sebagai Raja Berpelembagaan yang hanya boleh membuat keputusan berdasarkan keputusan majoriti ahli-ahli parlimen yang bobrok ini. 


6.*Bulan ini adalah Bulan Kemerdekaan.Merdeka adalah perjuangan ke arah satu PERUBAHAN besar.Elit politik 1957 pelopori perjuangan PERUBAHAN ini.Elit politik 2021 menghambat perjuangan PERUBAHAN dengan membuat keputusan bodoh mencalonkan seorang gagal menjadi PM.Asalkan PERUBAHAN tidak berlaku!* 


7.Kita tidak perlu terlalu hairan dengan sikap yang amat berbeza antara elit politik dahulu dan sekarang.Ibn Khaldun tokoh sosiologis paling ulung mengungkap jelas fenomena ini.Awal pembinaan negara diisi oleh elit politik yang patriotik dan baik.Diakhirnya nanti negara akan dihancurkan oleh elit politik rakus,bejat,bobrok yang hanyut dengan hasil kemewahan sebuah kemerdekaan. 


8.Hari ini negara ini diambang kehancuran kerana dibarisi 114 elit politik perosak yang digambarkan jelas oleh Ibn Khaldun itu. 


9.GERAK mengajak setiap rakyat yang patriotik, yang mahu selamatkan negara dari terus menuju kehancuran untuk bangkit dari episod hitam ini dan lawan habis-habisan elit2 politik yang menjadi perosak kepada tamadun bangsa ini. 


MOHAMAD EZAM MOHD NOR

Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia

GERAK 


21 OGOS 2021, 11 MUHARAM 1443H

No comments: